• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Treler Habis Diesel, Rosak, Kandas Di Lorong Perlahan Punca Lebuh Raya PLUS Sesak 20km

Treler Habis Diesel, Rosak, Kandas Di Lorong Perlahan Punca Lebuh Raya PLUS Sesak 20km

March 26, 2022 By Shawkath Leave a Comment

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

RAMAI pengguna lebuh raya terperangkap dalam kesesakan trafik sepanjang 20km di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Ipoh, Perak sekitar tengah hari tadi.

Puncanya, sebuah treler terkandas di lorong perlahan akibat kehabisan bahan api dan kerosakan enjin. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyatakan kejadian itu berlaku di laluan mendaki di KM231.9 di antara Kuala Kangsar-Changkat Jering.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/03/Plus-Malaysia-Treler-Rosak.mp4

 

Pengendali lebuh raya itu berjaya menyelesaikan kesesakan trafik selepas menunda treler rosak ke tempat letak kenderaan kecemasan yang berdekatan, kira-kira jam 2.30 petang tadi.

PLUS turut melahirkan rasa kesal terhadap kesulitan yang terpaksa dilalui rata-rata pengguna lebuh raya terlibat. Pada masa sama, PLUS juga sedang merujuk perkara itu kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan sewajarnya.

Sepanjang kesesakan berlaku, PLUS memastikan maklumat trafik disalurkan secara berterusan kepada pelanggan lebuh raya menerusi papan tanda elektronik di lokasi strategik selain Twitter PLUSTrafik.

Pelanggan yang menghala ke arah Utara turut disarahkan agar keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Kuala Kangsar sebelum masuk semula menerusi Plaza Tol Changkat Jering.

Pasukan operasi lebuh raya PLUS turut berada di lokasi dan mendapat kerjasama pihak berkuasa untuk menguruskan kejadian treler rosak.

Related

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jabatan Pengangkutan Jalan, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), PLUS Malaysia Berhad (PLUS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my