PERODUA Bezza Advance memenangi anugerah kereta pilihan ramai Malaysia Car of the Year 2016 anjuran Malaysia Automotive Institute (MAI).
Pada masa sama, Perodua turut menerima dua lagi anugerah iaitu Entry Level Category dan Most Significant Design Achievement bagi model Bezza.
Majlis penyerahan anugerah disempurnakan oleh Pengerusi MAI, Datuk Muhamad Noor Yacob kepada Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr. Zahari Husin.
Perodua Bezza adalah model sedan pertama Perodua dan dijual pada harga bermula RM37,300 hingga RM50,800. Ia ditawarkan dalam lima varian berbeza dengan dua pilihan enjin iaitu 1.0L dan 1.3L.
ANUGERAH ASEAN ANCAP
Sementara itu pada 29 November lalu, Perodua Bezza turut menerima anugerah Perlindungan Kanak-kanak (COP) dan Perlindungan Orang Dewasa (AOP) bagi kategori Small Family Car daripada Program Penilaian Kereta Baru Asean (ASEAN NCAP).
Syabas Perodua!
BACA >>> Perodua Bezza Terima Anugerah Keselamatan Daripada ASEAN NCAP
Leave a Reply