YAMAHA akan menawarkan model sportbike YZF-R7 edisi terhad yang hadir dengan set panel badan Yamalube bermula Ogos 2022. Jualan akan dijual menerusi Yamaha Motorcycle Sport Plaza (YSP) di Jepun.
Model itu dipanggil YZF-R7 Yamalube, memaparkan grafik dan cat badan yang disempurnakan menggunakan kaedah cat robotik berteknologi tinggi. Tona biru dan hitam dipilih sebagai warna badan model itu.
Skim warna hitam biru itu menggunakan liveri sama seperti model yang digunakan YART Yamaha Official EWC Team pada Kejohanan Suzuka 8 Hours 2020.
Harga set badan itu ialah 220,000 yen (RM7,993) termasuk cukai penggunaan di Jepun. Panel badan itu dihasilkan oleh syarikat Wise Gear Co. Ltd. itu adalah untuk YZF-R7 edisi 2022 dan ke atas.
Seunit YZF-R7 dengan set badan Yamalube akan dipamerkan pada acara pertunjukkan motosikal di Osaka, Tokyo dan Nagoya.
Set panel badan itu ada 14 bahagian dan terdiri daripada:
- Fender depan
- Panel pelindung tepi (kiri dan kanan)
- Kowl lampu depan (atas dan bawah)
- Panel ekor belakang (kiri dan kanan)
- Panel tangki minyak (kiri dan kanan)
- Panel tangki minyak (atas)
- Kowl bawah (kiri dan kanan)
Proses pemasangan adalah selama 1.6 jam. Tempahan boleh dibuat di sini: YSGear
Leave a Reply