• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga Kereta CKD Naik Sehingga 20 Peratus Tahun Depan?

Harga Kereta CKD Naik Sehingga 20 Peratus Tahun Depan?

March 25, 2022 By Shawkath Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HARGA kenderaan pemasangan tempatan (CKD) mungkin akan melonjak naik sehingga 20 peratus lebih tinggi bermula tahun depan jika Kerajaan memilih untuk tidak melanjutkan tempoh pengecualian duti eksais kenderaan baharu.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad menyatakan pihaknya sudah menghantar kertas cadangan kepada Kerajaan (Kementerian Kewangan) untuk memanjangkan tempoh pengecualian tersebut.

Katanya, setakat ini Kerajaan belum memberi respons mengenai permohonan tersebut. Tempoh pengecualian kiraan duti eksais baharu untuk kenderaan CKD akan tamat pada hujung tahun 2022.

BACA >>> MAA: 84,303 Unit Kenderaan Sudah Dijual Januari-Februari 2022
BACA >>> MAA: "Tiada Ahli Kami Dipanggil Berkait Dakwaan Kes Rasuah MARii"

Aishah berkata:

“Pada 2020, Kerajaan ada membuat semakan semula Nilai Pasaran Terbuka (Open Market Value, OMV) yang menyatakan kos-kos lain selain pengeluaran akan diambil kira dalam pengiraan duti eksais. Jika itu berlaku, harga kereta atas jalan akan naik antara 8 hingga 20 peratus.

“Kerajaan sudah memberi kami (tempoh) pengecualian sehingga akhir 2022. Kami meminta mereka (Kerajaan) untuk melanjutkan tempoh pengecualiannya lebih lama. Jika tidak, adalah tidak adil untuk industri kerana harga kereta akan terus melonjak naik.

“Kami juga sudah menulis surat (kertas cadangan) kepada Kerajaan dengan menyatakan tolong beritahu kami sama ada ia akan dilanjutkan atau tidak kerana perkara itu amat penting kepada industri. Jika tidak dilanjutkan, ini bermaksud semua harga kereta (CKD) akan naik bermula tahun depan, antara 10 hingga 20 peratus.”

Aishah menyatakan pihaknya juga meminta Kerajaan untuk kembali menggunakan metod kiraan lama (polisi lama) iaitu hanya mengambil kira kos pembuatan. Katanya, jika tidak mencampur kos-kos lain, harga OMV tidak sebegitu tinggi.

Sekadar imbasan, Peraturan-Peraturan Eksais (Penentuan Nilai Barang-Barang Yang Dikilangkan Secara Tempatan Bagi Maksud Melevi Duti Eksais) 2019 disediakan Kementerian Kewangan dan digazetkan pada 31 Disember 2019.

Mengulas lanjut, Aishah berkata:

"Tidak, kami (pengeluar-pengeluar automotif) tidak menaikkan margin. Kenaikan harga itu harga ke atas cukai yang meningkat antara 8 hingga 20 peratus. Apabila harga meningkat, kita kena suruh pembeli lah bayar cukai."

Aishah mengesahkan rata-rata pengeluar tidak akan mengurangkan pembuatan kenderaan tetapi pelaksanaan kiraan duti eksais baharu akan menjejaskan jualan kenderaan.

BACA >>> Harga Motosikal CKD Bawah 150cc Turun April ini?
BACA >>> BSH Umum Senarai Harga Terkini Motosikal, Skuter Honda Bawah 150cc
BACA >>> Kajian: Lebih 90 Peratus Penunggang Eropah Bantah Hasrat Haramkan Jualan Motosikal Petrol

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Duti Eksais Kenderaan Baharu, Harga Kereta CKD Naik, Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD), Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev