• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pedrosa Sertai Lumba Kereta Kejuaraan Lamborghini Super Trofeo 2022

Pedrosa Sertai Lumba Kereta Kejuaraan Lamborghini Super Trofeo 2022

March 28, 2022 By Wahid Leave a Comment

92
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MANTAN pelumba MotoGP, Dani Pedrosa bakal beraksi dalam siri perlumbaan satu jenama, Lamborghini Super Trofeo 2022 bersama pasukan FFF Racing Team.

Ini kali pertama Pedrosa beraksi dalam kejuaraan lumba kereta walaupun bukan sepenuh masa. Beliau akan mengambil bahagian dalam tiga perlumbaan tahun ini dengan memandu jentera Huracan Super Trofeo EVO2.

BACA >>> Rossi Terlalu Tua untuk Jadi Pelumba Ferrari Le Mans Hypercar
BACA >>> Untung Duduk dalam Kumpulan Sama, Ketua dari Audi Dilantik CTO Lamborghini

gtwc-valentino-rossi-1
gtwc-valentino-rossi

Selain itu, Lamborghini Super Trofeo adalah perlumbaan pembuka tirai kelas GT World Challenge Europe (GTWC Europe). Mantan pesaing Pedrosa dalam MotoGP, Valentino Rossi adalah salah seorang pelumba GWTC yang memandu jentera Audi yang bermaksud kedua-dua pelumba MotoGP itu akan saling bertemu kelak.

Ini bukan kali pertama Pedrosa memandu jentera lumba kerana beliau pernah mencuba kereta Formula Satu (F1) Toro Rosso (2013) bersama rakan pasukan Repsol Honda, Marc Marquez pada 2018. Namun percubaan itu hanya untuk tujuan pemasaran penaja Red Bull.

Pedrosa bersara daripada kancah MotoGP pada akhir musim 2018 dengan meraih gelaran juara 125cc (sekali), 250cc (dua kali), dan memenangi 31 perlumbaan MotoGP walaupun tidak pernah menjadi juara kelas premier MotoGP.

Beliau kemudian dilantik KTM sebagai penunggang uji pasukan pengilang dari Austria itu, yang mana usaha dan pengalamannya membolehkan KTM daripada kelompok 10 pelumba terpantas kepada juara GP sebanyak enam kali, termasuk kemenangan Miguel Oliviera di Indonesia hujung minggu lalu.

BACA >>> Pedrosa Pacu Prestasi Cemerlang KTM, Bakal Berlumba atas Tiket Wildcard Musim Ini
BACA >>> Rossi Catat Kemenangan ke-6, Pecah Rekod Lumba Kereta Monza Rally Show

dani-pedrosa-lamborghini-3
dani-pedrosa-lamborghini
dani-pedrosa-lamborghini-1
dani-pedrosa-lamborghini-2

Related

92
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dani Pedrosa, FFF Racing Team, GT World Challenge Europe (GTWC Europe), Lamborghini Super Trofeo 2022, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev