SELEPAS beberapa episod perkongsian foto acah, Honda akhirnya memperkenalkan roadster gaya cafe racer Hawk11 secara rasmi pada Pameran Motosikal Osaka 2022.
Motosikal gaya retro itu dilaporkan berkongsi trenkuasa sama dengan Africa Twin, iaitu dwi-silinder 1,082cc, tetapi Honda masih belum mengumumkan output kuasa dan tork Hawk11.
BACA >>> Roadster Gaya Cafe Racer Honda Hawk 11 Rasmi Didedahkan
Terbaharu, pereka digital Oberdan Bezzi berkongsi imej yang menyerlahkan lagi gaya sporty Hawk11 berbanding dua skema warna asal Hawk 11, iaitu kelabu-hitam dan biru navi (atas kiri).
Foto render Bezzi mencuri tumpuan apabila menampilkan Hawk11 dengan tiga warna ikonik jentera lumba HRC yang mirip CBR1000RR-R Fireblade SP dan CBR600RR.
View this post on Instagram
Berikut perinciannya:
- Menampilkan warna asas merah dan aksen biru-putih.
- Liveri HRC ditampal sebelah sisi dan Hawk RR menghiasi sisi fairing lampu utama.
- Strip biru-biru lembut-putih-hitam bersambung dari tangki minyak hingga ekor belakang.
- Panel sisi putih dengan teks 11 bersaiz besar.
- Madgad depan berwarna dan kowl enjin merah. Jenama Honda turut tertera pada kowl berkenaan.
- Pelana jenis tunggal, manakala pelana pembonceng ditutup kowl.
- Bahagian tengah tangki minyak bertona hitam.
- Sistem ekzos standard menggunakan peredam titanium Akrapovic.
- Peg kaki pembonceng dikekalkan.
- Pemegang plat belakang dan cermin sisi ditanggalkan.
- Rim hitam.
BACA >>> Video Acah Kedua Honda Hawk 11 (2022) Dedah Lebih Banyak Perincian
BACA >>> #Spyshot: Imej Sebenar Honda Hawk 1100 (2022) Didedahkan?
BACA >>> Honda Neo Sports Cafe Racer - Generasi Naked Sports Masa Hadapan
Leave a Reply