MEMANG sakit hati apabila melihat kereta remuk dek kecuaian orang lain, tetapi itu bukan alasan untuk tidak berlapang dada menerima apa yang berlaku.
Inilah menimpa seorang pemandu yang dipuji netizen kerana mengambil berat keadaan seorang penghantar makanan yang baru saja terlanggar keretanya dengan bertanyakan soalan; 'Are you okey?'
Apa yang membuatkan netizen memuji sikap relaks pemandu itu adalah insiden berkenaan jelas berlaku kerana kesilapan penghantar makanan yang ralit memandang telefon bimbit sambil menunggang. Padanya, motosikal ditunggangnya tidak sempat membrek dan merempuh kereta dipandu perakam menyebabkan mangsa tercampak.
Mujurlah tiada kecederaan serius. Difahamkan, insiden ini juga diselesai dengan baik kedua-dua pihak dan pemandu kereta itu juga mengharapkan penunggang motosikal lain lebih berhati-hati di jalan raya.
Btw i respect u brader... benda dah jadi tak perlu marah-marah.. tak kira siapa pun yang salah, yang penting masih ada berprikemanusiaan dalam diri...," kata Mohd Nasran.
"Memang respect sama bro, soalan pertama, βare you okay bro?β Terima kasih sebab jadi insan prihatin.," kata Syed Irfan Al-Yahya.
BACA>>> Gelabah Nak Lari SJR Polis, Penunggang Langgar Bapa Bonceng Anak Balik Sekolah
BACA>>> Penghantar Makanan Nyaris Dikekah Harimau Besar Motor!
Leave a Reply