ISU penunggang menceroboh masuk laluan kereta di Lebuhraya Persekutuan sudah selalu sangat jadi isu dalam kalangan pengguna warga kota walaupun laluan khas motosikal disediakan.
Namun, kadangkala muncul juga isu pemandu kereta tersesat, atau sengaja masuk lorong motosikal, seperti tular dalam video media sosial baru-baru ini, sebuah Honda Civic putih di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
BACA >>> Sesat Ikut Jalan Pintas, Minyak Motor Pula Habis, Remaja Minta Tolong Bomba
BACA >>> Kereta Nak Habis Petrol, Tapi Waze Bawa ke Pejabat Stesen Minyak
Mujurlah polis bertindak pantas memberkas pemandu Civic itu semalam. Tindakan itu dibuat selepas mengesan video dimuat naik seorang netizen di laman Facebook DashCam Owners Malaysia pada petang Jumaat lalu, 18 Mac.
Menurut siasatan polis, kejadian dipercayai berlaku di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan berhampiran Jalan Pantai Baharu. Polis kemudian berjaya mengesan pemandu Civic tersebut dengan menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang hadir di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang, 19 Mac lalu.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu dan boleh dihukum tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 10 tahun, dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000.
BACA >>> Waze Terokai Gaya Pemasaran Baharu di Malaysia Menerusi Ciri Navigasi Pintar
BACA >>> Honda Bina Peranti Kasut Navigasi untuk Orang Buta
Leave a Reply