• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Siar Memo 'Tenangkan' Pengguna Pakistan Punca Program CKD Tergendala

Proton Siar Memo 'Tenangkan' Pengguna Pakistan Punca Program CKD Tergendala

March 18, 2022 By Shawkath Leave a Comment

476
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR dan pemasang Proton di Pakistan, Al-Haj Automotive semalam memuat naik perkongsian di Facebook untuk menceritakan situasi semasa program projek pemasangan tempatan  (CKD) model Proton Saga dan X70 negara itu.

Perkongsian itu menyatakan pihaknya akan menambah baik pengeluaran model Saga dan memulakan pemasangan X70 CKD yang tertangguh disebabkan situasi semasa Proton di Malaysia.

Al-Haj Automotive (Proton Pakistan) mendakwa program Saga CKD dan kiriman sudah bermula sekitar November 2021 yang mana bekalan komponen dari Malaysia dijangka kembali pulih bermula April tahun ini. Penerimaan komponen itu membolehkan Proton Pakistan menggandakan pengeluaran Saga dan pembuatan X70 dalam skala besar-besaran.

Antara isu diceritakan memo itu adalah:

  • Malaysia akan memasuki fasa endemik Covid-19 bermula 1 April ini.
  • Semua sekatan ke atas perniagaan, terutama waktu operasi dibatalkan.
  • Aktiviti solat dibenarkan tanpa perlu penjarakan fizikal.
  • Beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan melemahkan ekonomi negara.
  • Situasi bertambah buruk disebabkan bencana alam yang melanda beberapa negeri.
  • Selangor antara negeri terkesan teruk akibat banjir hingga menjejaskan bekalan komponen pihak vendor (di Selangor).

Proton juga menyatakan semua faktor itu menyebabkan gangguan bekalan dan kiriman ke Pakistan. Malah, pelanggan Malaysia perlu menunggu lebih lama untuk mendapat kenderaan masing-masing. Proton juga menyatakan komitmen untuk pasaran Pakistan dan pelanggan mereka menerusi kerjasama erat dengan Al-Haj Automotive bagi melancarkan kiriman kenderaan.

Kenyataan sama menyatakan Proton memberi keutamaan penuh kepada pasaran Pakistan, terutama aspek bekalan untuk semua kenderaan tertunggak.

Proton mendedahkan pihaknya mengirim lebih 500 unit komponen CKD Saga ke Paksitan pada bulan ini dan akan menambah bilangan pada bulan akan datang.

BACA >>> Projek CKD Proton Pakistan Ditangguh, Netizen Kecewa Kena Tunggu Lama
BACA >>> Al-Haj Proton Selesai Siapkan X70 CKD di Pakistan, Kiriman Mula Mac Ini
BACA >>> Proton Saga CKD Akhirnya Debut di Pakistan
BACA >>> Proton Saga (2021) Tular di Pakistan, Netizen Asing Puji Kehebatan Kereta Malaysia

 

Related

476
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Al Haj Automotive, Auto Terkini, Proton, Proton Pakistan, Proton Saga CKD Pakistan, Proton X70 CKD Pakistan, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my