• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Tunggu Masa Lancar ZX-4R (2022), Fokus Pasaran Eropah?

Kawasaki Tunggu Masa Lancar ZX-4R (2022), Fokus Pasaran Eropah?

March 18, 2022 By Shawkath Leave a Comment

839
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DESAS-desus ketibaan Kawasaki ZX-4R semakin bertiup kencang di Jepun ketika pengeluar itu dikatakan sedang bersiap sedia melancarkan sportbike generasi baharu di pasaran Eropah.

Debat menegnai enjin 4-silinder sebaris 400cc sudah kedengaran sejak pembangunan dan pelancaran sportbike ZX-25R di Asia pada 2020. Cuma model 250cc itu gagal memasuki pasaran Eropah disebabkan halangan standard emisi.

BACA >>> Interviu: Kenapa Projek Kawasaki ZX-25R Dibangunkan Semula?

Susulan itu, Kawasaki membangunkan trenkuasa 400cc baharu yang akan dipasang pada badan ZX yang berpotensi dieksport ke Eropah. Bagaimanapun, belum ada bukti kukuh menyokong teori berkenaan.

Majalah permotoran Jepun, Young Machine pernah menyiarkan lakaran grafik ZX-4R pada kulit depan edisi April 2022 yang dikatakan imej paling mirip dengan produk sebenar sekiranya Kawasaki melancarkan model tersebut.

Walaupun nampak mirip ZX-25R, model ZX-4R dilihat banyak meminjam rekabentuk generasi terbaharu ZX-10R. Ini dapat dikesan menerusi lampu depan lebih ke dalam dan panel depan tajam. Rombakan juga dibuat pada tambahan ventilator udara depan.

Ciri premium yang dijangka ditawarkan ialah kawalan traksi Kawasaki Traction Control (KTC) dengan kawalan gelincir tayar, fork terbalik (USD) dan opsyen mod kuasa. Bagaimanapun, tiada butiran kuasa dikongsi, tetapi dipercayai sekitar 75hp-100hp jika Kawasaki berhajat mahu menandingi Yamaha R7 dan Aprilia RS660.

Persoalan lain, adakah ZX-4R ialah model pengganti ZX-6R yang sudah dihentikan pengeluaran? Atau akan muncul model baharu ZX-6R?

Jika dilihat kes Yamaha, firma itu menamatkan R6 dengan melancarkan R7 yang lebih lembut, tetapi berjiwa pasaran massa. Khabarnya, ada juga R9 dibangunkan daripada MT-09 yang mungkin lancar tahun ini.

BACA >>> Lakaran Paten Model Kawasaki Ninja ZX-4R Bocor!
BACA >>> Kawasaki Mahu Lancar Z250 Versi 4-Dapur Tahun Depan?
BACA >>> Modenas-Ninja 250 CKD Debut Suku Pertama 2022, EMOS-Kawasaki Mula Operasi Tahun Depan

SUMBER: VisorDown | MCN

Related

839
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki, Kawasaki Japan, Kawasaki ZX-4R, roda2, sportbike, Sportbike 400cc, young machine

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev