• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sedut 3,800 Liter Diesel, Pengusaha Stesen Minyak Rugi Lebih RM20k!

Sedut 3,800 Liter Diesel, Pengusaha Stesen Minyak Rugi Lebih RM20k!

March 17, 2022 By Shawkath Leave a Comment

641
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENAIKAN harga bahan api jika tanpa kawalan  memang berpotensi mengubah tingkah laku pengguna. Ada memilih cuba menjimat belanja kos petrol/diesel dengan menggunakan pengangkutan awam atau mengurangkan jarak pemanduan.

Ada pula melihat fenomena kenaikan harga bahan api sebagai peluang keemasan meraih keuntungan mudah. Inilah nasib malang menimpa sebuah stesen minyak di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

BACA >>> Konflik Rusia-Ukraine Cetus Gelombang Kedua Bekalan Semikonduktor Dunia?

Sekumpulan penjenayah menggunakan van mini untuk mencuri hampir 3,800 liter diesel terkumpul dalam siri mencuri minyak di stesen itu selama tiga hari berturut-turut.

Pemilik stesen minyak Fuqua Express di Houston, Texas, Jerry Thayil mendakwa memyedari perbezaan ketara antara jumlah kutipan bayaran dan bekalan bahan api.

Apabila menyemak semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Thayil mendapati sebuah van mini Chrysler Town & Country (atau Voyager ) diparkir atas saluran lubang dipercayai disambungkan ke tangki simpanan petrol stesen berkenaan.

Van mini itu kemudian mengulang perbuatan sama selama tiga hari berturut-turut dalam setiap sesi parkir antara 15 hingga 20 minit. Kumpulan penjenayah itu dipercayai menggunakan pam khas untuk menyedut keluar minyak dan mengisi semula dalam beberapa tong khas dalam kenderaan mereka.

Pada masa sama sebuah Porsche Cayenne hitam disyaki bertindak sebagai ‘mata-mata’ sepanjang kes curi minyak itu berlangsung di stesen berkenaan. Thayil kini membuat laporan polis mengenai aktiviti jenayah tersebut.

Secara purata, kumpulan penjahat tersebut berhasil mencuri 1,300 liter diesel dengan jumlah kerugian sepanjang tiga hari dianggarkan AS$5,000 (RM20,950).

SUMBER: Motor1

Related

641
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Fuqua Express, harga minyak naik, Jerry Thayil, Krisis Rusia-Ukraine, Rompak Minyak Diesel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my