• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM Kembalikan Tawaran Model 790 Duke, Harga Mula RM41k

KTM Kembalikan Tawaran Model 790 Duke, Harga Mula RM41k

March 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

819
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KTM sudah mengumumkan pengembalian model 790 Duke dalam barisan produk motosikal naked. Pada 2021, 790 Duke digantikan denga model 890 Duke yang diperkenalkan pada 2020.

Untuk tahun 2022, model 790 dikembalikan dan KTM menerusi satu kenyataan menyatakan langkah itu untuk mengisi ruang antara model 390 Duke dan 890 Duke.

Harga asas 790 Duke ialah 8,999 Euro (RM41,420). Pilihan warna disediakan ialah oren tradisi KTM atau kelabu dan hitam.

Model baharu menawarkan kuasa 105hp tetapi output direndahkan kepada 95hp untuk pasaran Eropah. KTM nampaknya mahu memasarkan model itu kepada penunggang muda yang memegang kelas lesen A2.

Tiada butiran dikongsi KTM mengenai daya tork untuk model yang akan dipasarkan ke Eropah. Pasaran lain akan menikmati daya tork 87Nm.

790 Duke juga menawarkan jarak tunggangan lebih baik iaitu 4.4 liter untuk setiap 100km, menurut KTM.

Sistem suspensi digunakan ialah WP untuk depan dan belakang. Sistem Brek Anti-Kunci Pembelokan hadir bersama mode Supermoto. Tiga lagi mode tunggangan sedia ada ialah Sport, Street dan Rain.

Selain Sistem Brek Anti-Kunci Pembelokan, sistem kawalan traksi juga sensitif pembelokan. Semua maklumat tunggangan termasuk mode brek, mode tunggangan, baki bahan api akan dipamer pada instrumen meter TFT berwarna 5 inci.

Ada beberapa opsyen tambahan disediakan untuk 790 Duke iaitu mode tunggangan Track, Quickshifter+ untuk penukaran gear dua arah lebih pantas, Kawalan Gelinciran Motosikal, Kawalan Kruise, Pemantauan Tekanan Angin Tayar dan konektiviti bluetooth MyRide. Selain itu, 790 Duke boleh kustom menggunakan komponen KTM PowerParts.

BACA >>> KTM 890 Duke GP (2022) Lancar, Harga RM54k!
BACA >>> #Spyshot: KTM Lakukan Uji Enduran 390 Adventure Enduro yang Lebih Lasak
BACA >>> #Spyshot: Varian Ketiga, KTM 890 Adventure S (2023) Dikesan Diuji

SUMBER: VisorDown

Related

819
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 790 Duke, KTM, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my