• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Uncle Kentang Sumbang 2 Van Jenazah Kepada Polis KL

Uncle Kentang Sumbang 2 Van Jenazah Kepada Polis KL

March 16, 2022 By Farah Leave a Comment

392
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERTUBUHAN Amal Uncle Kentang hari ini menyerahkan sumbangan dua van jenazah kepada Polis Kuala Lumpur untuk kegunaan masyarakat yang memerlukan bantuan pengangkutan pengurusan jenazah.

Penyerahan Van Jenazah itu dibuat di dalam sebuah program di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, dua van jenazah yang disumbangkan itu akan ditempatkan di Balai Polis Dang Wangi dan Balai Polis Cheras untuk kegunaan orang ramai secara percuma.

Sekiranya ada masyarakat yang memerlukannya, hanya perlu datang ke balai dengan memaklumkan anggota bertugas di balai dan mendaftar nama bagi menggunakan van itu.

Bagaimanapun buat masa ini, tiada pemandu ditugaskan untuk van jenazah itu, namun polis akan memohon bantuan rakan strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan van berkenaan digunakan bagi menguruskan apa-apa keperluan.

Screenshot 2022-03-16 at 3.52.38 PM
Screenshot 2022-03-16 at 3.55.49 PM

Ini merupakan kerjasama pertama persatuan itu bersama pihak polis dan untuk makluman anda, persatuan ini memiliki 25 van jenazah yang disediakan untuk kemudahan masyarakat.

Pengasas persatuan berkenaan Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, sememangnya cukup sinonim dalam kerja-kerja kebajikan di Malaysia.

BACA>>> Noorkhiriah, Suami Infakkan Starex Sendiri Jadi Kereta Jenazah
BACA>>> TH Kelantan Serah Van Jenazah Dwifungsi Kepada Jemaah Masjid

SUMBER: BH Online

 

Related

392
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: polis, uncle kentang, Van Jenazah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev