• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kes Nahas MH17: Australia, Belanda Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Rusia

Kes Nahas MH17: Australia, Belanda Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Rusia

March 15, 2022 By Shawkath Leave a Comment

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AUSTRALIA memaklumkan akan memulakan tindakan undang-undang bersama Belanda terhadap Rusia berikutan nahas pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang ditembak jatuh, kira-kira lapan tahun lalu.

Tindakan difailkan menerusi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang bakal mendakwa Rusia bertanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa berhubung nahas terbabit.

BACA >>> Pesawat Angkasa China Tidak Perlu Bantuan Roket, Boleh Berlepas Dari Lapangan Terbang
BACA >>> Konflik Rusia-Ukraine Cetus Gelombang Kedua Bekalan Semikonduktor Dunia?

Langkah diambil agensi penerbangan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu adalah usaha memperjuangkan keadilan untuk 298 mangsa, termasuk 38 warga Australia.

Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan bersama Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dan Menteri Luar Australia, Marise Payne.

Tindakan bersama di bawah Artikel 84 Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa itu berasingan dengan perbicaraan kes pembunuhan diterajui Belanda ke atas empat suspek yang dituduh menembak jatuh pesawat berkenaan.

Pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 ketika dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur, Malaysia di ruang udara timur Ukraine yang dikuasai puak pemberontak. Penyiasat dan pendakwa raya antarabangsa mendakwa pesawat itu ditembak peluru berpandu buatan Rusia yang dilancarkan dari kawasan darat.

Moscow pula kekal menafikan penglibatan dan mempromosikan pelbagai teori alternatif yang ditolak kumpulan penyiasat antarabangsa kerana tidak disokong bukti.

Keputusan perbicaraan kes pembunuhan itu, membabitkan tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine yang masih bebas, dijangka tamat akhir tahun ini. Bagaimanapun, tiada seorang defendan hadir di mahkamah Belanda. Australia dan Belanda bergantung kepada bukti MH17 ditembak jatuh sistem peluru berpandu darat ke udara Rusia.

Senjata itu disyaki diangkut dari Rusia ke kawasan timur Ukraine yang dikawal puak pemisah disokong Rusia dan diiringi pasukan tentera Rusia, menurut kenyataan sama.

BACA >>> 5 Fakta Menarik Antonov AN-225, Pesawat Terbesar Dunia di Ukraine yang Dimusnahkan Rusia
BACA >>> Kajian: WHO Cadang Halaju 30kmj untuk Kawasan Bandar
BACA >>> AIR4 - Kereta Terbang yang Betul-Betul Macam Kereta, Sempena Model Klasik Renault 4

SUMBER: BeritaHarian

Related

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Artikel 84 Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa, Auto Terkini, Isu Rusia-Ukraine, Marise Payne, MAS, MH17, Penerbangan Malaysia, Pesawat MAS, Scott Morrison

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev