VOLVO Car Malaysia secara rasminya memperkenalkan model kenderaan elektrik (EV) penuh versi pemasangan tempatan (CKD), XC40 Recharge Pure Electric ke pasaran Malaysia.
Pengenalan itu adalah antara usaha firma berkenaan menjadi syarikat kenderaan elektrik penuh menjelang tahun 2030.
Volvo juga merupakan satu-satunya pengeluar automotif di Malaysia dengan program CKD rangkaian hibrid plug-in (PHEV) dan menyatakan kesediaan untuk melancarkan sebuah model EV baharu setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang.
Berhubung XC40 Recharge Pure Electric, tempahan secara atas talian akan dibuka pada 4 April 2022. Harganya akan diumum pada hari sama. Kiriman kenderaan pula akan bermula pada hujung bulan April ini.
Volvo Car Malaysia juga akan memulakan aktiviti mengeksport kenderaan elektrik ke pasaran ASEAN tidak lama lagi.
Usaha itu adalah sebahagian sasaran syarikat untuk mempercepatkan transformasi ke arah elektrifikasi dengan sumbangan 75 peratus barisan kenderaan elektrik penuh menjelang 2025 di Malaysia.
Selain itu, Volvo juga bercadang melancarkan model elektrik penuh C40 Recharge tidak lama lagi yang juga versi CKD.
BACA >>> Volvo XC40 Recharge - SUV Elektrik Penuh Pertama Dunia Dapat Rating TSP+
Pengarah Urusan Volvo Var Malaysia, Charles Frump berkata:
“Volvo Car Malaysia bersedia melaksanakan rancangan global Volvo ke arah mengeluarkan kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030, bermula dengan pelancaran XC40 Recharge Pure Electric pada hari ini.
“XC40 Recharge Pure Electric adalah salah satu dari pelbagai inisiatif kami untuk menggalakkan pengguna menggunakan kenderaan elektrik pada masa depan.
“Menjelang pertengahan dekad, kami menyasarkan untuk mengurangkan keseluruhan pelepasan kitaran hayat emisi karbon dioksida untuk setiap kereta sebanyak 40 peratus. Untuk mencapai usaha ini, bukan sekadar mengurangkan pelepasan paip ekor melalui elektrifikasi tetapi juga melibatkan pengurangan pelepasan karbon dioksida merentasi operasi dan rantaian bekalan kita.”
PERINCIAN
- XC40 Recharge Pure Electric dibina menggunakan platform kenderaan utiliti sukan (SUV) premium kecil iaitu XC40.
- XC40 Recharge Pure Electric menggunakan trenkuasa elektrik dengan pacuan semua roda dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 418 km untuk setiap cas.
BACA >>> #PanduUji: Volvo XC40 - Baby SUV Sweden Penuh yang Dramatik dan Berteknologi
BACA >>> Volvo Malaysia Perkenal Pelitup Muka Motif Batik
BACA >>> Semua Orang Sudah Boleh Pandu Kereta Elektrik dengan GoEV Serendah RM24.90 Sejam
Leave a Reply