• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Berus Gigi Sambil Memandu, Pemandu Sebelah Berang dan Rakam Video Sebagai Pengajaran

Berus Gigi Sambil Memandu, Pemandu Sebelah Berang dan Rakam Video Sebagai Pengajaran

December 9, 2016 By Han Othman 2 Comments

FacebookTwitter

berus-gigi-sambil-memandu-bg
SEORANG pemandu Britain lelaki di Britain dirakamkan sedang memberus gigi sambil memandu. Rakaman aksi tersebut dimuat naik Robert Tulip, 42, dari Chesterfield, Derbyshire yang kebetulan memandu bersebelahan kereta lelaki itu.

Menurut Robert, pemandu tersebut mengambil masa kira-kira lima minit untuk memberus giginya sebelum meludah sisa ubat gigi ke dalam cawan. Malah, kelajuan kereta dipandu lelaki tersebut antara 80-100kmj.

Robert turut menjelaskan video itu dirakamkan ketika isterinya sedang memandu dan dia sebagai penumpang sebelah. Katanya, walaupun insiden itu nampak melucukan, tetapi aksi bodoh tersebut boleh merisikokan nyawa. Dia juga berharap video rakamannya itu akan memalukan pemandu berkenaan dan membuatkan pemandu lain berfikir dua kali sebelum melakukan aksi sama.

RAKAM VIDEO UNTUK PENGAJARAN

Video ini cuma sebahagian daripada apa yang saya lihat. Saya cuma mahu buktikan apa yang sedang dia buat. Saya tidak fikir dia sedar bahawa saya sedang merakamkannya.

"Saya mahu memalukan dia. Saya tidak lakukan untuk ketawa. Saya lakukan kerana orang seperti itu patut bertanggungjawab atas tindakannya dan menyedari betapa mereka sedang meletakkan kita dalam bahaya.

"Tidak mungkin anda 100 peratus komited dengan apa yang berlaku di sekeliling (jika sedang buat aksi itu). Jika itu saya, saya sudah cukup bodoh untuk lakukan sesuatu seperti itu. Seseorang yang merakamkannya sudah tentu akan memalukan saya dan saya akan berfikir dua kali untuk melakukan perkara sama.

Robert berkata, pada mulanya dia menyangkakan pemandu itu akan meludah ke luar tingkap. Tetapi dia meludah ke dalam cawan.

Ketika itu jam 1 petang, waktu yang ganjil untuk membersihkan gigi semasa memandu. Isteri saya ingat saya bergurau. Dia tidak rasa ada pemandu yang sanggup buat aksi itu.

"Saya menunggang motosikal dan sudah menyaksikan banyak benda ketika di atas motosikal. Saya lihat lebih banyak bahaya berbanding pemandu kereta. Ia lucu selagi tiada sesiapa cedera.

"Saya tidak pernah melihat sesiapa melakukannya. Sebelum ini saya nampak ramai orang menggunakan telefon bimbit dan mereka tidak sedar akibat daripada perbuatan itu. Samalah seperti aksi ini (berus gigi ketika memandu)," kata Robert lagi.

SUMBER: Mirror.co.uk

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: adab jalan raya, Auto Terkini, berus gigi sambil memandu, pemandu biadab

Comments

  1. Amin Hakim says

    December 11, 2016 at 2:59 AM

    macam pelik je mamat nie.. sempat lagi nak berus gigi sambil drive.. hmmm

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev