• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Panigale V2 Bayliss Edition (2022) Bakal Lancar di India, Harga RM95.5k

Ducati Panigale V2 Bayliss Edition (2022) Bakal Lancar di India, Harga RM95.5k

March 12, 2022 By Aryon Leave a Comment

251
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

DUCATI India mengesahkan menerusi media sosial model Panigale V2 Bayliss Edition bakal diperkenalkan pada 16 Mac ini, dan akan didatangkan dalam jumlah terhad.

Model edisi khas ini dijangka dijual pada harga peremium yang lebih mahal daripada Panigale V2 standard 1,749,000 rupee (RM95,570). Berikut spesifikasi boleh dijangka daripada model middleweight edisi khas itu:

BACA >>> Superbike Trek Paling Agung, Ducati Panigale V4 SP2 (2022) Edisi Terhad Lancar!
BACA >>> #Spyshot: KTM RC 990 Serba Baharu Jadikan Panigale V2 Sebagai Penanda Aras?

  • Dibina berasaskan Panigale V2 standard dengan mengekalkan gaya rekabentuk asal seperti lampu utama kembar, tangki minyak maskular, pelana tunggal untuk penunggang, swingarm sebelah, kanister ekzos kompak, dan seksyen ekor tajam.
  • Berbeza daripada model standard menerusi liveri unik yang terdiri daripada tona latar merah dengan grafik hijau dan putih.

  • Dinamakan edisi Bayless sempena tribut kepada pelumba Australia, Troy Bayliss dengan nombor lumba 21 dan tandatangannya pada tangki minyak.
  • Perubahan hanya terhad kepada gaya, tetapi aspek trenkuasa dikekalkan. Edisi Bayliss ini masih menggunakan enjin 4-lejang dwi-silinder 955cc penyejukan cecair berkuasa 152.9hp @ 10750 dan tork 104Nm @ 9,000rpm, serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Sama seperti model Panigale V2 standard, model ini menampilkan lampu utama LED projektor, lampu belakang LED, panel meter TFT berwarna 4.3 inci, penutup ekzos titanium dan gentian karbon.
  • Dilengkapi ciri Quick Shifter dan tiga mod tunggang: Race, Sport dan Street.

  • Ciri bantuan penunggang terdiri daripada ABS Belok, Sistem Kawalan Traksi (TCS), Kawalan Brek Enjin (EBC), mod kuasa, kawalan wheelie dan kalibrasi tayar automatik.
  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) Öhlins NIX30 43mm boleh laras di depan dan monoshock Öhlins TTX36 boleh laras penuh di belakang.

  • Tugas membrek diserahkan kepada unit cakera kembar 320mm semi-apung dengan kaliper monoblok Brembo di depan dan cakera tunggal 245mm di belakang.
  • Menggunakan tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa II dengan rim aloi lima-jejari 17 inci.

BACA >>> Kenapa Perlu Panigale Kalau Cuma Nak ke Kedai Depan Rumah? Naik Saja Ducati PRO-III
BACA >>> Rompak Bank untuk Beli Superbike Impian, Selepas Dua Hari Sudah Kena Tangkap

SUMBER: BikeWale

Related

251
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati India, Ducati Panigale V2 Bayliss Edition, roda2, Sportbike Middleweight, superbike, Troy Bayliss

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev