• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Raider R150 Fi (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM8.1k!

Suzuki Raider R150 Fi (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM8.1k!

March 10, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Raider R150Fi (2022) akhirnya dilancarkan ke pasaran Malaysia pada harga jualan asas RM8,173. Model supermoped itu ialah unit pemasangan tempatan (CKD) yang diperkenalkan seiring dua model GSX kelas 150cc.

Ada dua pilihan warna ditawarkan, hitam-merah dengan rim merah, dan hitam-biru dengan rim hitam. Berikut perincian Raider R150Fi (2022):

BACA >>> #BikinMotor: Ayam Cemani Jadi Ilham Mofifikasi Suzuki Satria @ Belang

raider 1
raider
  • Lampu depan LED rekaan agresif. Lampu belakang dan lampu nombor plat LED. Lampu signal belok jenis capang di depan dan belakang.

  • Panel meter digital penuh multifungsi dengan paparan maklumat spidometer, takometer, posisi gear, jam, bar petrol, trip perjalanan dan notis servis berkala.
  • Lampu amaran dan indikator di posisikan sebelah kiri dan kanan meter. Ada dua butang laras meter di bawah instrumen.

  • Trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal 147cc DOHC Twincam penyejukan cecair dengan teknologo suntikan bahan api (FI), berkuasa 18hp dan tork 14Nm, manakala transmisi digunakan klac manual 6-kelajuan.
  • Dilengkapi teknologi Sistem Penyejukan Suzuki Jet (SJCS) untuk membantu mengawal dan menurunkan kepanasan enjin dengan menggunakan minyak enjin.
  • Sistem penghidup menggunakan penendang kaki (kick-starter) atau butang pemula (push-starter).
raider simpanan
Raider front
  • Ada ruang simpanan baharu bawah pelana dan kini hadir dengan sistem kunci baharu.
  • Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dam monoshock di belakang, manakala sistem henti kedua-dua roda menggunakan brek cakera tunggal.
  • Roda dipasangkan rim aloi 17 inci dengan saiz tayar 70/90 (depan) dan 80/90 (belakang).
  • Kapasiti tangki minyak agak kecil, cuma 4 liter. Berat kasar motosikal 112kg.
  • Dimensi panjang 1,960mm, lebar 675mm, dan tinggi 980mm.
  • Jarak roda 1,280mm, tinggi pelana 765mm dan jarak lega bumi 150mm.

BACA >>> Perbandingan: Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020), Model Mana Paling Berkuasa Sebenarnya?
BACA >>> Yamaha Y16ZR Edisi Doxou Ini Cuma Ada 5,000 Unit Sahaja, Siap Dapat Sijil!

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kapcai, roda2, Supermoped, Suzuki Malaysia, Suzuki Raider R150Fi, Suzuki Raider R150Fi (2022), Underbone 150cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev