Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha 135LC Versi Karburetor Masih Jual, HLYM Jamin Alat Ganti Kekal Ada untuk 10 Tahun
Auto Terkini

Yamaha 135LC Versi Karburetor Masih Jual, HLYM Jamin Alat Ganti Kekal Ada untuk 10 Tahun

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) baru saja memperkenalkan model generasi baharu 135LC Fi (2022), tetapi pada masa sama masih belum bersedia menamatkan pengeluaran 135LC versi karburator.

Ini kerana 135LC versi karburator masih mendapat permintaan tinggi setiap bulan walaupun sektor pengeluaran automotif terjejas teruk berikutan penguatkuasaan langkah kawalan penularan pandemik Covid-19 antara 2020 dan 2021.

BACA >>> #ApaNakBuat: 6 Langkah Bersihkan Karburetor Motosikal
BACA >>> Yamaha 135LC Paling Banyak Dicuri Sepanjang 2018

Menurut HLYM, purata pengeluaran 135LC versi karburetor setiap bulan adalah kira-kira 6,000-7,000 unit. Malah, jumlah pendaftaran kapcai itu sepanjang Disember 2021 lebih 9,000 unit!

Ada beberapa faktor mendorong permintaan luar biasa 135LC karburetor. Antaranya lebih ramai individu menceburkan diri dalam sektor e-hailing, termasuk insentif diperkenalkan Kerajaan untuk motosikal.

HLYM juga menegaskan isu bekalan alat ganti untuk model karburetor ini seandainya pengeluaran dihentikan bukan satu masalah.

Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Datuk Dr Jim Khor ketika ditemui berkata, HLYM tetap akan menawarkan komponen alat ganti 135LC versi karburetor untuk tempoh 10 tahun. Pengeluaran 135LC versi karburator hanya akan ditamatkan jika jumlah permintaan pasaran susut bawah paras 1,000 unit sebulan.

Tambahnya, pengenalan 135LC Fi (2022) tidak akan menjejaskan jualan dan permintaan supermoped Y15ZR dan Y16ZR, tetapi kehadiran setiap model adalah saling melengkapi dalam memberikan pilihan lebih luas kepada pengguna.

BACA >>> Perbandingan: Honda RS-X vs Yamaha Y16ZR, Mana Satu Paling Power?!
BACA >>> Yamaha Y16ZR Edisi Doxou Ini Cuma Ada 5,000 Unit Sahaja, Siap Dapat Sijil!
BACA >>> HLYM Lancar Yamaha 135LC Fi (2022), Harga Mula RM7.7k!
BACA >>> Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu

Auto Terkini Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Kapcai 135cc Raja Kapcai Malaysia roda2 Yamaha 135LC versi karburator
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

    12/03/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    PMX: Bekalan Petroleum Malaysia Cukup Hingga Mei

    12/03/2026
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Naik 60 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Naik 80 Sen

    12/03/2026
    Roda4

    Proton X90 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.