DUA pengeluar kenderaan berprestasi tinggi, Ferrari dan Lamborghini menyertai pengeluar lain dengan menyatakan pendirian terhadap pencerobohan dan konflik ketenteraan Rusia ke atas Ukraine.
Kedua-dua firma legenda Itali itu memilih untuk ‘menyelaras’ operasi perniagaan dan memberi sumbangan kemanusiaan untuk membantu rakyat Ukraine.
BACA >>> Krisis Rusia-Ukraine: Harley-Davidson Henti Operasi Perniagaan, Eksport Motosikal ke Rusia
Lamborghini menerusi Twitter menyatakan pihaknya bersedia memberi sejumlah sumbangan kepada tabung bantuan pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Refugee Aid).
Selain itu, Lamborghini juga menyatakan kesediaan menggantung operasi perniagaan pihaknya di Rusia.
— Lamborghini (@Lamborghini) March 8, 2022
Ferrari mengambil langkah memberi sumbangan €1 juta (RM4.58 juta) untuk membantu keperluan penduduk Ukraine. Sumbangan itu akan diberi terus kepada projek-projek kemanusiaan antarabangsa di negara berkenaan.
Malah Ferrari juga dikatakan akan memberi sumbangan kepada usaha-usaha tempatan di kawasan serantau Itali yang menerima pelarian dari Ukraine.
BACA >>> CEO MV Agusta Malu Putin Serang Ukraine, Anggap Presiden Sendiri Sebagai Jijik
Firma itu juga akan memberi bantuan kepada Pertubuhan Chernobyl di Maranello, Fiorano dan Formigine untuk membantu kem pelarian berhampiran syarikatnya. Ferrari juga akan menggantung pengeluaran kenderaan untuk pasaran Rusia.
Berikut ialah langkah diambil beberapa pengeluar kenderaan popular dunia:
- Toyota dilaporkan menutup kilang St. Petersburg yang menghasilkan model Camry dan RAV4 untuk pasaran Rusia.
- Honda, General Motors dan Mazda menghentikan aktiviti eksport ke Rusia.
- Volvo, Jaguar Land Rover dan Ford menggantung aktiviti pengeluaran di Rusia.
BACA >>> Krisis Perang Rusia-Ukraine Jejas Pengeluaran BMW
BACA >>> 5 Fakta Menarik Antonov AN-225, Pesawat Terbesar Dunia di Ukraine yang Dimusnahkan Rusia
Leave a Reply