SIAPA yang ada kereta mesti pernah ternampak lipas kecil berjalan-jalan dalam kereta kan? Kalau first time tengok boleh jerit jadinya masa memandu sebab geli dengan kewujudan serangga tersebut.
Selalunya lipas kecil ini ada dalam kereta sebab ada sisa makanan yang jatuh atau tertinggal dalam kereta tanpa kita sedar. Lagi-lagi kalau kita ada anak kecil yang suka makan dalam kereta. Makin sukalah serangga itu membiak dalam kereta.
Apa paling kita benci, selepas lipas dah menyelinap dalam kereta, bukan senang-senang nak halau atau bunuh lipas itu. Tapi anda tak payah risau, sebab ada petua mudah untuk menghalau lipas dengan hanya menggunakan tiga bahan sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah;
- majerin
- susu pekat
- minyak masak terpakai
Cara-caranya:
- Masukkan semua bahan diatas dan gaul sebati kemudian masukkan dalam satu bekas plastik.
- Tinggalkan bekas itu beberapa hari dalam kereta dan lihat keberhasilannya.
- Kalau takut bahan-bahan tersebut tumpah, alaskan dengan surat khabar lama atau plastik.
Untuk lebih berkesan, selepas selesai lakukan resepi perangkap lipas ini , letak beberapa helai daun pandan dalam kereta. Ini kerana lipas tidak suka bau-bauan yang wangi seperti bau pandan. Selamat mencuba!
BACA>>> Fakta atau Auta: Benarkah Daun Pandan Halau Lipas dalam Kereta?
BACA>>> #TahukahAnda: Kenapa Nyamuk Suka Masuk Dalam Kereta?
SUMBER: Meena Amira
Leave a Reply