• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rider Berteduh Bawah Jejambat Bergelimpangan Dirempuh Lori, 2 Maut, 6 Cedera!

Rider Berteduh Bawah Jejambat Bergelimpangan Dirempuh Lori, 2 Maut, 6 Cedera!

March 8, 2022 By Farah Leave a Comment

127
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

DUA penunggang motosikal maut, sementara enam lagi cedera apabila dirempuh sebuah lori ketika sedang berteduh di bawah jejambat di Kilometer 92.8 Lebuh Raya Utara – Selatan arah selatan, Gurun, semalam.

Dalam kejadian jam 2. 40 petang itu, kesemua mangsa berada di sisi motosial masing-masing sedang berteduh bawah jejambat kerana hujan lebat sebelum sebuah lori dari lorong kiri merempuh mereka dari belakang.

Menurut sumber polis, semasa kejadian terdapat sembilan penunggang motosikal di bawah jejambat itu, namun hanya seorang yang penunggang yang tidak mengalami kecederaan.

"Akibat rempuhan itu, dua penunggang berusia 23 dan 31 tahun maut di lokasi akibat mengalami kecederaan parah pada kepala.

"Manakala enam penunggang lagi mengalami kecederaan yang mana empat daripadanya masih menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

"Hanya seorang penunggang berusia 38 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut," kata sumber polis.

Hasil ujian air kencing mendapati, pemandu lori berusia 28 tahun itu bebas dari pengaruh dadah dan alkohol.

Suspek kini ditahan bagi siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di media sosial, turut tular rakaman video insiden itu yang menyaksikan beberapa penunggang motosikal bergelimpangan atas jalan raya. Lebih menyayat hati, terdapat dua penunggang motosikal tercampak di longkang lebuh raya.

BACA>>> Filipina Sedia Tempat Khas Penunggang Motosikal Berhenti Ketika Hujan di Lebuh Raya
BACA>>>  Treler Langgar Jejambat, Penunggang Motosikal Nyaris Tergolek Elak Konkrit Jatuh

SUMBER: MalaysiaGazette.com

Related

127
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kemalangan, penunggang motosikal dirempuh bawah jejambat, rider dilanggar lori

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev