• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV Prestasi Tinggi, Volkswagen T-Roc R (2022) Lancar di Eropah, Harga RM222k

SUV Prestasi Tinggi, Volkswagen T-Roc R (2022) Lancar di Eropah, Harga RM222k

March 21, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERTENGAHAN Februari lalu, Volkswagen melancarkan Golf R di pasaran tempatan pada harga RM357,584. Ramai tahu siri R Volkswagen ialah model prestasi tinggi yang mempunyai aura tersendiri.

Selain hatchback Golf, Volkswagen juga mempunyai beberapa lagi model R seperti kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, T-Roc yang dijual di pasaran Eropah.

BACA >>> Volkswagen T-Roc Cabriolet (2022), SUV Unik dengan Bumbung Boleh Buka, Harga RM150k

T-Roc R pertama kali memasuki pasaran pada 2019 dan Volkswagen pada awal 2022 mengumumkan SUV prestasi tinggi tersebut versi terkini di Jerman. Seperti biasa, pengeluar itu tidak membuat perubahan besar. Dari luaran, T-Roc R (2022) nampak tidak jauh berbeza dengan model 2019.

Berikut perincian T-Roc R (2022):

  • Bampar baharu dengan 'taring' lebih panjang dan palang warna krom pada gril.
  • Lampu utama matriks IQ.LIGHT LED, standard untuk pasaran Jerman.
  • Lampu belakang LED dengan lapisan gelap.

  • Stereng sport kulit baharu dan unit infotainmen jenis apung berbanding sebelum ini yang dibenamkan dalam papan pemuka.
  • Enjin 2.0L TSI berkuasa 298hp dengan tork 400Nm.
  • Pecutan 0-100kmj dalam masa 4.9 saat.

  • Transmisi DSG 7-kelajuan dengan fungsi Kawalan Luncur (Launch Control).
  • Sistem pacuan semua roda (AWD) 4MOTION.
  • Fungsi mod pemanduan pada stereng, termasuk mod R.
  • Sistem bantuan pemandu standard seperti Bantuan Depan, Bantuan Lorong, Bantuan Pemanduan IQ.DRIVE dan kawalan jelajah prediktif.
  • Bantuan stereng, brek dan pecutan hingga 210kmj.

Harga T-Roc R (2022) yang ditawarkan di Eropah bermula €48,445 (RM222,940).

BACA >>> Volkswagen Golf R Mk8 (2022) Tiba di Malaysia, Harga RM356k!
BACA >>> Volkswagen Dedah Foto Awal Amarok Baharu, Kongsi Enjin, Platform Ford Ranger!

Related

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utitili Sukan (SUV), Roda4, SUV, Volkswagen T-Roc, Volkswagen T-Roc R, Volkswagen T-Roc R 2022, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my