• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Negara Manakah Paling Banyak Pemilik Motosikal?

#TahukahAnda: Negara Manakah Paling Banyak Pemilik Motosikal?

March 2, 2022 By Shawkath Leave a Comment

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTOSIKAL adalah antara mod pengangkutan terbaik ketika berdepan situasi trafik sesak, terutama waktu puncak. Saiz kecil, ringan dan jimat minyak memudahkan kenderaan dua roda itu bergerak dari lokasi ke lokasi dalam masa  pantas.

Bagi segelintir individu, motosikal mungkin juga satu-satunya kenderaan yang mampu dimiliki atau dibeli, khususnya di negara membangun. Tahukah anda, 58 peratus motosikal atas planet Bumi ini terdapat di rantau Asia Pasifik, Asia Tenggara dan Asia Timur?

BACA >>> PPDM Usul Cadangan Lesen Tunggal untuk Semua Kelas Motosikal

Berikut negara dengan kadar penggunaan motosikal tertinggi dunia:

1. THAILAND

  • Terkenal dengan julukan ‘negara dengan 100 juta skuter', jalan raya di Thailand bukan asing dengan lambakan kenderaan dua roda yang dapat dilihat setiap tempat.
  • Menurut kajian Pusat Penyelidikan Pew, 87 peratus isi rumah Thailand memiliki sekurang-kurangnya sebuah motosikal.
  • Thailand dianggarkan mempunyai 18 juta isi rumah. Jadi ada sekurang-kurangnya 15 juta motosikal di negara itu.
  • Portal BBC pula menganggarkan terdapat hingga 20 juta motosikal berdaftar di Thailand dan lebih sejuta motosikal tidak berdaftar.
  • Thailand juga tersenarai negara yang mencatatkan kadar kematian tertinggi dunia membabitkan penunggang motosikal dengan purata 5,000 kematian setahun.

BACA >>> Honda Thailand Lancar Skuter ADV350 Mac Ini?

2. VIETNAM

  • Motosikal ialah mod pengangkutan popular di Vietnam yang mempunyai populasi lebih 90 juta penduduk.
  • Ada 45 juta motosikal di Vietnam yang mana 85 peratus isi rumah di sana mempunyai sekurang-kurangnya sebuah motosikal.
  • Jualan motosikal Vietnam terus meningkat walaupun pasarannya bersifat tepu. Di ibu kota Hanoi misalnya, ada kira-kira lebih 5 juta motosikal atas jalan.
  • Lambakan motosikal di jalan raya memaksa Kerajaan Vietnam merancang langkah mengurangkan jumlah kenderaan tersebut.

BACA >>> Vietnam Lancar Warna Baharu Kawasaki Ninja ZX-25R SE (2022), Lebih Mahal, Harga RM35k!

3. INDONESIA

  • Jakarta ialah ibu kota dengan keadaan trafik paling sesak dunia. Ada sekitar 15 juta motosikal digunakan setiap hari dalam bandar berkenaan 5 juta kereta.
  • Indonesia juga antara negara yang memiliki pasaran motosikal terbesar. Kajian dilakukan pasukan penyelidik bebas Indonesia, AISI mendapati terdapat hampir 80 juta motosikal di republik tersebut.
  • Ada kira-kira 85 peratus isi rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah motosikal dan menggunakannya sebagai mod pengangkutan untuk semua ahli keluarga.

BACA >>> Punca Ramai Penunggang Maut, Lagi Gesaan Haramkan Kapcai!

4. MALAYSIA

  • Jangan terkejut Malaysia pun termasuk dalam senarai negara paling ramai penunggang motosikal dunia. Jumlah penduduk Malaysia dianggarkan 32 juta orang.
  • Malaysia mempunyai kira-kira 7 juta isi rumah dengan 5.8 juta isi rumah memiliki motosikal.
  • Anggaran bilangan motosikal adalah sekitar 13 juta unit, menyamai jumlah kenderaan roda empat.
  • Namun, sebahagian besar pengguna jalan raya ialah penunggang motosikal. Malah, kadar kematian tinggi akibat kemalangan juga banyak membabitkan penunggang motosikal.

BACA >>> Jualan Motosikal Jepun Merosot, Kapcai 50cc Dijangka Pupus

Kenapa Motosikal Jadi Pengangkutan Popular?
  • Selain lebih murah, motosikal juga lebih mudah bergerak berbanding kereta, dan kenderaan empat roda lain.
  • Motosikal memudahkan akses ke beberapa kawasan yang sukar dilalui kereta atau kenderaan empat roda lain.
  • Motosikal juga kurang mencemarkan alam dari segi pelepasan emisi gas beracun berbanding kereta, kenderaan utiliti sukan (SUV), kenderaan pelbagai guna (MPV) dan trak pikap.
  • Ada beberapa negara membenarkan motosikal diparkir di kawasan laluan pejalan kaki.
  • Di Britain dan Malaysia, motosikal dikecualikan membayar tol atau caj kesesakan (untuk Britain).
Senarai 15 Negara, Peratus Isi Rumah Tertinggi Dunia Memiliki Motosikal

SUMBER: WorldAtlas

Related

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, Isu Motosikal, Kapcai, Pasaran Motosikal Asia, Ranking Negara Paling Ramai Pengguna Motosikal, roda2, Senarai negara dengan motosikal tertinggi dunia, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev