• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter EV Lvneng S6 Lancar di Perancis dengan Jarak 120km Sekali Cas, Harga RM26k!

Skuter EV Lvneng S6 Lancar di Perancis dengan Jarak 120km Sekali Cas, Harga RM26k!

March 2, 2022 By Shawkath Leave a Comment

286
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR skuter elektrik dari China, Lvneng menawarkan dua siri skuter di Perancis, iaitu X dengan rekabentuk sporty dan siri S bergaya retro yang dijangka mampu memenuhi cita rasa pelanggan negara Eropah itu.

Terbaharu, Lvneng melancarkan skuter elektrik S6 (2022) sebagai produk keenam selepas model X1, S3, S4, S5 dan S5 Delivery. Berikut perincian S6 (2022):

  • Lvneng ialah pengeluar skuter elektrik ketiga terbesar dunia dan pernah memasarkan beberapa produk di bawah jenama WhaTTz di Perancis.
  • Mengetengahkan rekabentuk vintaj yang menitikberatkan bentuk badan bulat dan bujur.
  • Ada satu pilihan warna, kelabu kusam dan dijual pada harga €5,649 (RM26,340).
  • Menggunakan motor elektrik Bosch, dipasangkan pada bahagian rim belakang sebagai pengerak skuter kuasa yang menghasilkan kuasa 4kW (5.4hp), manakala kelajuan maksimum 75kmj.
  • Kuasa diperoleh daripada dua pek bateri LG boleh tanggal berkapasiti 63Ah dengan jarak tunggangan sejauh 120km.
  • Walaupun dibina sebagai skuter bandar, model ini juga mampu membawa pembonceng dan mendaki jalan bercerun 15º.

BACA >>> Yamaha Hasilkan Skuter Elektrik E01 Sama Kuasa Enjin 125cc Tahun Ini?

  • Panel meter bulat dengan paparan digital penuh latar hitam. Antara maklumat dipaparkan ialah spidometer, jarak tunggangan, jam dan suhu.
  • Sistem lampu LED penuh dengan rekaan lampu utama bulat dalam dua kluster projektor (lampu suluh tinggi dan rendah) berserta lampu siang (DRL).
  • Lampu signal belok diposisikan pada panel depan.

  • Lampu signal belok belakang pula diposisikan pada panel kiri dan kanan.
  • Aksen krom dan perak dikenakan pada beberapa komponen skuter seperti cermin sisi, manakala bar bonceng hadir dengan tona kelabu gelap.

BACA >>> Kajian: Lebih 90 Peratus Penunggang Eropah Bantah Hasrat Haramkan Jualan Motosikal Petrol

  • Ada ruang storan pada panel depan (bawah bar hendal) untuk menyimpan barang kecil. Juga disediakan soket USB untuk mengecas peranti pintar.
  • Pelana coklat jenis panjang dan landai ke depan dengan permukaan corak sulaman pada bahagian penunggang. Pelana pembonceng direka rata dan lebih rendah daripada penunggang.

  • Rim 12 inci dwi-tona dibalut tayar tiubles dengan dinding tayar putih untuk gaya retro.
  • Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan dwi-absober di belakang. Sistem brek jenis cakera tunggal. Berat skuter pula cuma 115kg.

BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Helmet Jadi Syarat Wajib Pakai untuk Penunggang Motosikal?

 SUMBER: Lvneng | Lerepairedesmotards

Related

286
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kenderaan Elektrik (EV), Lvneng S6, Lvneng S6 (2022), roda2, skuter elektrik, Skuter Elektrik LVNENG, Skuter EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my