BERITA baik buat pemilik McLaren yang mahukan jaminan ke atas kereta sport mereka kerana syarikat pengeluar supercar tersebut bersetuju menawarkan waranti lanjutan yang akan melindungi kereta mewah anda itu selama 12 tahun bermula tarikh pengeluaran!
Terdahulu, pemilik McLaren hanya diberikan pilihan untuk melanjutkan tempoh waranti kilang daripada tiga tahun dengan perbatuan tanpa had kepada tujuh tahun. Lebih menarik, waranti lanjutan itu tidak dikenakan sebarang kos tambahan dan boleh dibeli dalam tambahan 12 hingga 24 bulan.
Bagaimanapun, waranti ditawarkan tidak melindungi model McLaren P1, tetapi cuma barisan Sports Series dan Super Series, termasuk model seperti 570s, MP4-12C, 650S dan model-model seumpamanya.
Bagi anda yang sedang merancang membeli McLaren dengan waranti, ia hanya diperuntukkan kepada pemilik kereta baharu, dan terpakai yang sah di bawah usia 10 tahun dan perbatuan di bawah 160,000km. Waranti tersebut juga hanya melindungi masalah yang bukan berpunca daripada masalah haus dan lusuh (wear and tear), kecuaian atau salah guna. Alat ganti dan naik taraf luar atau aftermarket juga tidak dilindungi.
McLaren bukanlah satu-satunya pengeluar supercar yang menawarkan perlindungan waranti panjang. Menurut Business Insider, Ferrari pada dua tahun lalu pernah menawarkan lanjutan tempoh waranti daripada standard tiga tahun sehingga kepada 12 tahun.
SUMBER: Autoblog.com
Leave a Reply