• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PPDM Usul Cadangan Lesen Tunggal untuk Semua Kelas Motosikal

PPDM Usul Cadangan Lesen Tunggal untuk Semua Kelas Motosikal

March 1, 2022 By Farah 1 Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETIKA ini, lesen memandu di Malaysia untuk kenderaan jenis motosikal terbahagi kepada beberapa kelas mengikut kapasiti enjin (cc), jenis penggunaan, dan sebagainya.

Contohnya, jika memiliki lesen memandu B2, anda tidak dibenarkan menunggang motosikal berkuasa besar melebihi 250cc ke atas. Bagaimanapun tidak lama lagi, rakyat Malaysia boleh berbuat demikian tanpa perlu menambah kelas motosikal.

@kamalppdm1 1 Lesen Motor untuk semua kelas cc tak perlu B Full. #phailing #ehailing #ehailingdriver #lori #teksi #bas ♬ bunyi asal - KAMALPPDM

Ini kerana awal bulan lalu Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM) mengusulkan cadangan menyelaraskan lesen motosikal (kelas B, B1, B2 dan C) menjadi lesen tunggal kepada Perdana Menteri dan ketua parti politik.

Usul dikemukakan PPDM di Majlis Penyerahan Memorandum PPDM itu mendapat pelbagai reaksi pro dan kontra daripada kalangan netizen.

Ada berpendapat hal tersebut memabantu penunggang menjimatkan masa dan tenaga. Namun ada juga meluahkan kerisauan kerana perbezaan kelas motosikal adalah berdasarkan kapasiti enjin yang memerlukan kemahiran dan pengalaman berbeza.

Tambahan lagi, statistik kemalangan maut dalam negara saban tahun banyak melibatkan penunggang motosikal.

Wakil PPDM berkata, semua usul itu akan dilaksanakan apabila PPDM mempunyai kuasa dalam memastikan orang ramai dapat memiliki lesen kenderaan pada harga berpatutan.

Selain itu, PPDM juga membangkitkan beberapa isu seperti lesen motosikal tidak melebihi RM400 dan motokar (kereta) pula tidak melebihi RM800, termasuk mewujudkan kesamarataan antara pemandu teksi dan e-hailing, serta membela nasib pemandu lori dan bas.

BACA>>> Ujian Memandu Guna Sistem e-Testing Mula April Ini, Tiada Lagi Pegawai JPJ di Sebelah
BACA>>> Biar Betul Boleh Dapat Lesen Memandu Tanpa Belajar Memandu?

SUMBER: TheVocket

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, jenis lesen memandu, Lesen Motosikal, Lesen Motosikal Tunggal, PPDM, satu lesen kelas memandu

Comments

  1. A. Halid jaafar says

    March 6, 2022 at 2:27 PM

    Cadangan saya bagi tempoh 3 ke 4 tahun untuk meluluskan lesen "B" kepada yang baru mengambil lesen motosikal contoh macam lesen kereta bila lulus akan di beri "P" supaya untuk memahirkan pemandu atau penunggang motosikal berkenaan. Itu cadangan saya kalau silap harap maaf

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my