INILAH dinamakan sudah jatuh, ditimpa tangga pula. Gara-gara mahu mempamerkan skil lagak negeri di depan rakan, seorang pemilik sportbike jatuh tergolek ketika cuba melakukan aksi 'wheelie'.
Lebih mendukakan hati, motosikalnya pula terbabas dan terjatuh ke dalam gaung.
View this post on Instagram
Adegan tersebut sempat dirakamkan rakan yang menonton dan kemudian ditularkan di media sosial, dipercayai berlaku di Indonesia.
Ramai netizen bertanya mengenai kondisi motosikal tersebut selepas kejadian. Apa yang pasti, insiden tersebut semestinya menjadi pengajaran cukup berguna kepada si tuan motosikal, termasuk juga penunggang yang menyaksikan klip video tersebut supaya mencari tempat yang selamat bukan saja untuk tuan punya badan sendiri, tetapi juga motosikal sendiri.
BACA>>> Polis Siasat Mat Rempit Superbike Buat Wheelie, Tunggang Lebih 285km
BACA>>> #RetroAuto: Siapakah Manusia Pertama Dunia Cipta Aksi Wheelie?
SUMBER: Kompas
Leave a Reply