• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Bakal Ikut Langkah Perodua - Harga Kereta Mungkin Naik Mulai 2017

Toyota Bakal Ikut Langkah Perodua - Harga Kereta Mungkin Naik Mulai 2017

December 5, 2016 By Abang GYL 1 Comment

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

harga kereta toyota naikSUSULAN keadaan ekonomi yang tidak kukuh dan kejatuhan pertukaran mata wang asing yang berterusan, UMW Toyota Motor (UMWT) tidak menolak kemungkinan akan menaikkan harga kenderaannya mulai 2017.

Semasa pelancaran Toyota Innova baharu petang tadi, PanduLaju sempat bertanya kepada Presiden UMWT, Datuk Ismet Suki mengenai isu ini.

BACA >>> 10 Perkara Tentang Toyota Innova (2016) + 109 Foto Menarik

Toyota Innova 2016TERUS MEMANTAU & SEMAK SEMULA HARGA

Menurut Ismet, pihaknya akan terus memantau keadaan ekonomi semasa dan berkemungkinan menyemak semula harga jualan pada tahun hadapan sekiranya pertukaran wang asing terus menurun.

" Ini kerana kebanyakkan transaksi pembelian komponen dan alat ganti menggunakan US Dollar. Sekiranya kadar pertukaran wang ringgit terus merudum, kami terpaksa menaikkan harga kenderaan.

" Sekarang pun kami dah serap kos hampir 15 peratus. Buat masa ini kami akan terus memantau dan keputusan untuk naikkan harga adalah jalan terakhir," tambah Ismet lagi.

pandu-uji-toyota-vios-baharu_pandulajudotcomdotmy-17PERODUA AMBIL LANGKAH SAMA

Sementara itu dalam artikel terdahulu, Perodua juga turut tidak menolak kemungkinan dan bercadang akan menaikkan harga kereta sekiranya keadaan ekonomi terus merundum.

BACA >>> Harga Kenderaan Perodua Mungkin Naik Mulai 2017

Sedia maklum, beberapa pengeluaran kenderaan sudahpun menaikkan harga kenderaan mereka susulan kejatuhan pertukaran wang ringgit yang berterusan.

Apa yang kami harap, keadaan ekonomi akan kembali kukuh. Buat semua pembaca PanduLaju, sila rancang perbelanjaan anda sebaiknya. Jangan membazir!

Related

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Ismet Suki, harga kereta toyota naik, Harga Naik, Perodua, Toyota

Comments

  1. Saga3 says

    December 7, 2016 at 12:27 AM

    Dijangka kereta Toyota yang dipasang di Malaysia akan naik harga 2% hingga 3% tahun 2017. Manakala Kereta Toyota yang diimport sepenuhnya akan naik harga sehingga 15% tahun hadapan. Faktor tukaran asing matawang.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev