• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-Maybach S-Class 580 (2022) Tiba di Malaysia, Harga RM1.9j!

Mercedes-Maybach S-Class 580 (2022) Tiba di Malaysia, Harga RM1.9j!

March 1, 2022 By Shawkath Leave a Comment

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) semalam memperkenalkan sedan eksklusif di bawah rangkaian kenderaan mewah Mercedes-Maybach untuk pasaran tempatan.

Mercedes-Maybach S-Class 580 4MATIC tiba di Malaysia sempena ulang tahun ke-100 subjenama mewah itu, Maybach yang akan dijual pada harga atas jalan RM1,928,815, tidak termasuk insurans.

BACA >>> SUV Super Mewah, Mercedes-Maybach GLS 600 (2022) Kini di Malaysia, Harga RM1.8j!

Berikut perincian Mercedes-Maybach S-Class 580 4MATIC (2022):

TRENKUASA

  • Trenkuasa hibrid 8-silinder 4.0L (3,982cc) berkuasa 503hp @ 5,000rpm dan tork 700Nm @ 2,000-4,500rpm.
  • Dijana unit motor elektrik, iaitu alternator pemula generasi kedua berkuasa 15kW dan tork 200Nm.
  • Transmisi 9G-TRONIC dengan sistem pacuan semua roda (AWD) sebagai ciri standard.
  • Kelajuan maksimum 250kmj.  Pecutan 0-100kmj sepantas 4.8 saat.

REKABENTUK

  • Lencana Maybach disepadukan pada bingkai gril krom, dan juga tertera pada pilar-C.
  • Hadir dalam dwi-tona dengan garisan pemisah cat tangan yang menepati standard kualiti tinggi. Bagaimanapun ini memerlukan kos tambahan kerana menjadi sebahagian opsyen ditawarkan.
  • Pintu belakang elektrik sebagai ciri standard.
  • Dilengkapkan teknologi lampu digital yang mula  diperkenalkan pada generasi baharu S-Class.
  • Jarak roda 180mm, lebih panjang daripada Mercedes-Benz S-Class untuk ekstrat keselesaan penumpang belakang.
  • Rim 21 inci multijejari dengan bumbung panoramik gelangsar.

KABIN

  • Ruang dalaman menawarkan keselesaan akustik menerusi kabis senyap.
  • Cahaya ambien boleh laras mengikut keperluan mood kerja atau suasana santai.
  • Dilengkapi unit infotainmen dengan antaramuka MBUX (Mercedes-Benz User Experience) generasi kedua dengan ciri konektiviti lebih luas membabitkan sistem kenderaan dan data sensor.
  • Penumpang disediakan lima unit skrin berasaskan teknologi OLED, termasuk skrin 12.8 inci sebagai unit sentral berteknologi tinggi.

KESELAMATAN

  • Aspek keselamatan dipertingkat dengan menitikberat penumpang belakang menerusi ciri:
    • Tali keledar automatik ekstender yang disepadukan dengan perehat belakang.
    • Sistem bantuan lanjutan untuk membantu pemandu ketika situasi kritikal seperti fungsi posisi Pre-Safe (membantu pergerakan kerusi).
    • Ciri lain ialah Bantuan Kekal Lorong Aktif (ALKA), Bantuan Kemudia Aktif (ASA), Pakej Bantuan Pemanduan (DAP), perlindungan kenderaan Urban Guard, Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) dan sejumlah beg udara.

BACA >>> Bruce Wayne Pandu Mercedes Maybach 6 Cabriolet dalam Filem 'The Flash'!
BACA >>> Lewis Hamilton Jual Mercedes-Maybach S600, Harga £104,990 (RM561,105)

Related

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Mercedes-Benz Malaysia, Mercedes-Maybach, Mercedes-Maybach S-Class 580 4MATIC, Roda4, sedan mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my