• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isuzu Kekal Jenama Trak Nombor Satu Malaysia untuk Tahun ke-8 Berturut-Turut

Isuzu Kekal Jenama Trak Nombor Satu Malaysia untuk Tahun ke-8 Berturut-Turut

February 28, 2022 By Farah Leave a Comment

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ISUZU Malaysia Sdn Bhd (Isuzu Malaysia) sekali lagi merangkul takhta 'trak paling laris Malaysia' sepanjang 2021, sekali gus mengekalkan pencapaian terbaik jenama itu buat yahun kelapan berturut-turut. Malah, Isuzu turut mengungguli jenama trak tugasan ringan nombor satu di Malaysia buat tahun ke-11 berturut-turut.

Pencapaian itu direkodkan menerusi gabungan jumlah jualan sepanjang 2021, iaitu 4,808 unit untuk semua segmen trak dan 4,545 unit trak tugasan ringan.

BACA >>> Trak Pikap D-Max AT35 Hasil Kerjasama Tuner Arctic Trucks, Isuzu UK

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Isuzu Malaysia, Koji Nakamura berkata, syarikat teruja kerana mampu mencipta kejayaan itu dan pada masa sama mampu mengekalkan kedudukan tertinggi dalam kategori trak tugasan ringan, termasuk trak secara keseluruhan.

Pencapaian ini menunjukkan pertumbuhan berterusan dan memberangsangkan jenama Isuzu di
Malaysia, selain membuktikan kemampuan kami untuk memanfaatkan peluang ada,
dan mengatasi segala cabaran dalam pasaran yang terjejas teruk akibat pandemik.

"Ini juga cukup signifikan kerana pandemik menyebabkan gangguan bekalan seperti kekurangan
bahan mentah yang memberi impak terhadap pengeluaran industri trak," kata Koji.

Antara faktor penting kejayaan adalah komunikasi berterusan antara ibu pejabat dan rakan pengedar yang membentuk hubungan kukuh. Ini membolehkan Isuzu memahami pasaran dan kehendak pelanggan.

Selain itu, Isuzu Malaysia juga memperkenalkan inovasi produk baharu, iaitu rangkaian model ELF dengan ciri Safety Plus yang menawarkan lebih kecekapan dan keselamatan, selain penghantaran trak tepat pada masa kepada pelanggan.

Isuzu Malaysia turut berterima kasih kepada semua pelanggan dan akan terus menawarkan lebih nilai melalui barisan produk dan perkhidmatan terbaik bagi menyokong keperluan trak berbeza.

BACA >>> Isuzu DMax (2022) Varian 4x2 Kini di Malaysia! Transmisi Automatik, Harga RM100k!
BACA >>> Baki Zainal Kongsi Pengalaman Miliki, Pandu Isuzu DMax X-Terrain 3.0L (2021)

Related

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Isuzu, Isuzu Malaysia, Kenderaan Komersial, Trak, Trak Komersial, trak paling laku

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev