• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Bangunkan Skuter TMAX Hibrid?

Yamaha Bangunkan Skuter TMAX Hibrid?

February 25, 2022 By Shawkath Leave a Comment

241
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA bakal menghasilkan skuter hibrid TMAX berikutan tular foto dokumen paten yang difailkan pengeluar itu di media sosial.

Paten dokumen itu mendedahkan penggunaan teknologi sama dalam dua senario berbeza, iaitu pertama, sistem hibrid yang disambungkan pada aci engkol dan kedua, sambungan dibuat pada sistem transmisi.

BACA >>> Yamaha Bekal Motor Elektrik untuk Jentera Lumba Subaru, Mahu Cipta Rekod Nürburgring!
BACA >>> Yamaha Buka Tempahan Motor Elektrik Prestasi Tinggi

Buat masa ini, projek itu dikatakan masih pada fasa pembangunan dan belum ada petunjuk Yamaha akan memperkenalkan teknologi tersebut pada TMAX generasi terbaharu dalam masa terdekat.

Paten diagram pertama menunjukkan sistem itu dipasangkan secara terus antara enjin pembakaran dalaman dan trenkuasa elektrik yang  berhubung terus pada aci engkol.

Kaedah itu dikatakan memberi kelebihan pada TMAX kerana teknologi hibrid dan sistem elektrik akan saling melengkapi satu sama lain, sekali gus membantu mengekalkan daya tork, kuasa dan rev (RPM).

BACA >>> Yamaha Fokus Penuh Jualan Motosikal, Skuter Elektrik Bermula 2050


Solusi kedua, endoterma bekerja sendiri dan sistem hibrid dipasang pada swingarm, tetapi masih bersambung dengan transmisi. Metod itu memberi kelebihan kerana ada pendekatan bermodul, iaitu sistem hibrid tersebut boleh digunakan untuk beberapa jenis enjin.

Walapun aspek teknikal agak kompleks, tetapi tidak mustahil dilaksanakan.

BACA >>> Yamaha Tala Bunyi Motosikal Elektrik Macam Kapal Angkasa
BACA >>> Yamaha RD200A (1974) Versi Penghidup Elektrik Ini Cuma Dijual RM14k Sahaja
BACA >>> RX-S Tinggal Rangka Dilelong RM1k!

SUMBER: InMoto

Related

241
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: roda2, Sistem Hibrid Motosikal, skuter, Yamaha Japan, Yamaha TMAX Hibrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev