• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tip Pilih Minyak Hitam untuk Kereta Anda, Mana Paling Terbaik?

Tip Pilih Minyak Hitam untuk Kereta Anda, Mana Paling Terbaik?

March 9, 2022 By Farah 7 Comments

146
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SECARA umum kita tahu ramai memiliki kereta, tapi hakikat tak ramai pun tahu asas dan sebarang maklumat mengenai minyak hitam. Boleh dikatakan apa yang mekanik syorkan, itulah yang kita akan pilih bulat-bulat.

Ada pula sesetengah orang berpendapat semua minyak hitam kereta sama saja, janji tukar bila sampai waktunya. Persoalannya benarkah tanggapan dan pilihan yang dilakukan kita mengenai minyak hitam itu tepat?

Bagi membetulkan tanggapan ramai mengenai minyak hitam ini, Abang Gan nak kongsi ilmu kepada anda. Asas pertama yang anda kena tahu ialah minyak hitam ada tiga jenis iaitu;

1. Sintetik Penuh (Fully Synthetic)

  • Maksudnya tidak ada campuran minyak mineral di dalam kandungannya, hanya menggunakan 100% minyak buatan daripada aditif.
  • Tempoh penggunaan selama 6 bulan atau sejauh 10,000km.
  • Disyorkan untuk kereta baru yang memiliki teknologi enjin terkini dan masih belum ada kesan kehausan supaya dapat mencegah masalah minyak enjin berkurangan.

2. Semi Sintetik (Semi Synthetic)

  • Campuran antara minyak jenis mineral dan minyak sintetik yang ada bahan aditif.
  • Disyorkan pada kereta baru yang memerlukan Semi Synthetic atau pada kereta yang agak berusia.
  • Jarak perjalanan bagi minyak enjin jenis semi synthetic adalah 7,000 km ke 8,000 km dengan tempoh penggunaan selama 4 hingga 5 bulan.

3. Minyak Mineral (Mineral Oil)

  • Tiada campuran bahan sintetik. Walaupun 100% mineral, tetapi ia sangat sesuai digunakan pada kereta baru atau kereta yang telah berusia.
  • Cadangan jarak perjalanan adalah 5,000km dan tempoh penggunaan pula selama 3 bulan.
  • Harga paling murah.

Selepas dah faham konsep tiga jenis minyak hitam ini, ambil tahu juga mengenai gred SAE.

Apa itu gred SAE?

Gred SAE ini adalah untuk tahu tahap kelikatan minyak tersebut. Biasanya dipaparkan dalam bentuk kod seperti 5W-50, 15W-40, 10W-30 dan sebagainya.

Cara baca kod ini senang. Sebagai contoh, ‘10W’ merujuk kepada kelikatan sesuatu minyak itu dalam suhu sejuk (winter), manakala ‘30’ pula menunjukkan kelikatan minyak itu pada suhu tinggi. Semakin kecil nombor yang terpapar, semakin rendah kelikatan sesuatu minyak itu.

Jadi mana paling sesuai untuk kereta anda?

Pertama sekali, paling ideal adalah tengok buku manual. Ini penting kerana kita sepatutnya pilih gred minyak enjin mengikut spesifikasi yang disyorkan oleh pengeluar kereta.

Sebagai contoh, kereta kompak, macam Axia, Bezza memang dia akan cadangkan untuk guna fully synthetic 0W-20.

Kalau kereta performance pula, contoh macam Nissan GTR. RPM dia boleh capai hingga 7,000 ke 8,000 RPM setiap kali berlakunya pertukaran gear.  Jadi tahap kepanasan enjin juga akan jauh lebih tinggi dari enjin kereta biasa. Untuk itu, struktur minyak yang likat seperti 10W-60 dan mempunyai kadar aliran yang rendah adalah paling sesuai.

Nak tahu lebih lagi maklumat?  Ada perkara lain lagi yang tak faham mengenai minyak hitam? Apa kata tonton video di atas ini. Abang Gan jawab soalan-soalan popular yang orang nak tahu tentang tips pilih minyak hitam.

Related

146
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autotainment, tahukah anda, Tip Auto

Comments

  1. proton Edar says

    February 8, 2023 at 11:19 PM

    Kereta lama saya menggunakan Minyak enjin ini. mmg terbaik

    Reply
  2. Perodua Malaysia says

    April 10, 2023 at 12:58 PM

    ouh ikut penggunaan kereta jugalah, good information

    Reply
  3. sarina says

    July 18, 2023 at 10:25 AM

    jenama minyak hitam yg sesuai untuk saga vvt

    Reply
    • Azhan O says

      September 1, 2023 at 9:27 AM

      Sama gree dengan minyak hitam yang direkomen pengeluar

      Reply
  4. Dilema says

    September 27, 2023 at 1:12 PM

    So semakin rendah/tinggi kelikatan sesuatu minyak yg lg bagus?

    Reply
    • Azhan O says

      December 26, 2023 at 1:30 PM

      Ikut kereta dan ikut rekomendasi OEM.

      Reply
  5. Mas Reco says

    December 10, 2024 at 8:56 PM

    Kereta Alza 2014..minyak jenis apa yang sesuai 5-30;kah atau 10-40

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my