• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kes Curi Ranger: Tertuduh Minta Kurangkan Ikat Jamin, Perlu Sara Dua Isteri, Lima Anak

Kes Curi Ranger: Tertuduh Minta Kurangkan Ikat Jamin, Perlu Sara Dua Isteri, Lima Anak

February 23, 2022 By Farah Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG peniaga pasar malam yang terbabit dalam kes curi Ford Ranger di Kelantan dengan tiga rakannya maut apabila kenderaan Honda HR-V dinaiki terbabas dan terbakar, dihadapkan di mahkamah, semalam.

Pertuduhan dibacakan Mahkamah Majistret Tumpat, Kelantan atas dakwaan mencuri kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger di Kampung Seri Pinang 2, Palekbang dalam daerah Tumpat.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd Zubairi Yaacob, 37, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli dan minta dibicarakan.

Dalam pertuduhan, Mohd Zubairi didakwa melakukan perbuatan curi itu bersama tiga rakan lain yang meninggal dunia dalam kemalangan tersebut, iaitu Ahmad Syafiq Abdul Malik, 30, Mohd Khairul Anuar Iskandar, 33 dan Amir Sidi Ahmad, 50, kira-kira jam 1.20 pagi, 3 Februari lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A, Kanun Keseksaan, dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun hingga tujuh tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, tertuduh ditawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Namun, peguambela memohon mahkamah merendahkan bayaran ikat jamin kerana tertuduh perlu menyara dua isteri dan lima anak berusia 4-15 tahun. Mahkamah kemudian membenarkan dia diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin, manakala tarikh sebutan kes pada 6 April tahun ini.

Kes kecurian trak pikap Ranger tular di media sosial kerana melibatkan kematian tiga individu (seorang tercampak, dua rentung) apabila HR-V dinaiki suspek terbabas dan terbakar.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) suspek dikatakan terbabit kemalangan dalam aksi kejar-mengejar dengan pemandu BMW, yang juga pemilik Ranger dicuri itu, pada kira-kira jam 2 pagi. Seorang suspek yang memandu Ranger tersebut dilaporkan terbabas dan sempat melarikan diri.

BACA>>> Mangsa Maut Nahas HR-V Terbakar Disyaki Suspek Perompak
BACA>>> Tiga Maut, Termasuk Dua Rentung dalam Nahas HR-V Terbakar

SUMBER: BHOnline

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, curi kereta kemalangan, Ford Ranger, Honda HR-V, Hr-v terbakar, Kemalangan Tumpat, kes samun, perompak curi kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my