SEORANG pemandu warga emas yang memandu kereta jenis Volvo S60 terpaksa meredah lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan gara-gara tersilap membaca tunjuk arah aplikasi navigasi Waze, Ahad lalu.
Insiden jam 11.06 pagi itu kebetulan dirakamkan penunggang motosikal di situ yang kemudian tular di media sosial.
Polis menyatakan pemandu S60 itu ialah lelaki berusia 60 tahun itu yang sedang dalam perjalanan dari Tangkak, Johor ke Bukit Jalil dengan mengikut bantuan Waze.
Difahamkan, pemandu itu kali pertama melalui Lebuhraya Persekutuan dan mula memasuki lorong motosikal bermula di KM15.1 Lebuhraya Persekutuan sebelum keluar semula ke jalan utama di kawasan Petaling Jaya. Tiada kemalangan dilaporkan dan pemandu ditahan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu melulu dan berbahaya hingga mengganggu pengguna jalan raya lain.
BACA>>> Salah Masuk Lorong Motosikal Boleh Kena Denda RM2k, Penjara 4 Bulan!
BACA>>> Axia Masuk Lorong Motor Tak Bayar Tol RM2.50 Kena Saman!
SUMBER: HarianMetro
Leave a Reply