• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Potong Lori Tak Lepas, Calon SPM Maut Motosikal Langgar Frontier

Potong Lori Tak Lepas, Calon SPM Maut Motosikal Langgar Frontier

February 22, 2022 By Farah Leave a Comment

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pelajar perempuan maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas motosikal Honda ditunggangnya bertembung sebuah trak pikap Nissan Frontier di Jalan Serdang-Selama, Serdang, Bandar Baharu, Kedah, semalam.

Kemalangan berlaku jam 1.30 petang ketika mangsa, Nurul Fateha Amyra Saiful Nizam, 18, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serdang, baru selesai menjalani Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut polis, mangsa yang datang dari arah Selama menghala ke Serdang dipercayai memasuki laluan bertentangan untuk memotong sebuah lori. Namun disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu Frontier gagal mengelak dan melanggar mangsa hingga tercampak atas jalan.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat, dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA>>> RS150R Potong Tak Lepas, 2 Rakan Kerja Maut Rempuh Myvi
BACA>>> Trak Pikap Potong Tak Lepas Punca Suami Isteri Maut, Tinggalkan 3 Anak Jadi Yatim Piatu

Related

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Calon spm maut, kemalangan maut, Pelajar SMK Serdang Maut Kemalangan, Pelajar SPM Maut, potong lori tak lepas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my