HONDA memulakan kempen panggil balik membabitkan skuter maksi di Itali selepas mengesan masalah yang berisiko menyebabkan enjin terhenti tiba-tiba ketika menunggang.
Kempen itu membabitkan tiga model skuter popular jenama itu, Forza 750, NC750X dan X-ADV. Berdasarkan maklumat, masalah itu berpunca daripada kesilapan pemetaan unit kawalan elektronik (ECU).
Kesannya, enjin dwi-silinder sebaris 745cc mengalami penurunan halaju putaran jika ada pergerakan minimal mengejut pada kawalan terotel. Kes paling teruk, enjin mati tiba-tiba.
Penyelsaian untuk isu berkenaan ialah pemilik perlu meninggalkan skuter kereta di pusat servis untuk ditukarkan unit kawalan perisian yang dinaik taraf dengan kos pemasangan percuma.
Honda juga akan menghubungi pelanggan terjejas menerusi kiriman surat (mel berdaftar), atau pemilik sendiri boleh saja buats semakan terus di laman web Honda.
BACA >>> Segala Tentang Panggil Balik (Recall) yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Recall Kereta yang Perlu Anda Tahu? Apakah Pula TSB?
BACA >>> Honda X-ADV (2022) Tambah Warna Baharu untuk Pembeli Malaysia, Harga RM67k!
SUMBER: Motociclismo
Leave a Reply