• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Myvi Rosak Selepas Langgar Penunggang Sampai Mati, Lari Pula Guna Kereta Orang Lain

Myvi Rosak Selepas Langgar Penunggang Sampai Mati, Lari Pula Guna Kereta Orang Lain

February 22, 2022 By Farah Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TULAR di media sosial dua lelaki yang menaiki Perodua Myvi melanggar seorang penunggang motosikal hingga maut di KM269, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Cheneh, Terengganu, semalam.

Dalam video itu, Myvi tersebut berada di bahu jalan dalam keadaan remuk, manakala si perakam mempersoalkan tindakan pemandu Myvi yang melarikan diri selepas melanggar seorang penunggang motosikal, tetapi dinafikan.

BACA >>> Pemandu Warga Emas Pitam Punca Myvi Langgar Kubur

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/02/myvi-langgar-moto-ganu.mp4

Dalam perkembangan lain, polis mengesahkan insiden tersebut yang menyatakan seorang penunggang motosikal meninggal dunia di lebuh raya itu jam 1.15 tengah hari.

Mangsa, Zolkafli Ahmad, 57, sedang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kerteh untuk pulang ke rumahnya dan dilanggar dari belakang hingga tercampak ke dalam longkang hingga maut akibat parah di kepala.

Kedua-dua suspek yang melanggar mangsa kemudian melarikan diri, tetapi terpaksa berhenti di tepi lebuh raya kerana kereta mereka mengalami kerosakan.

myvi-langgar-motor-ganu-2
myvi-langgar-motor-ganu-1

Mangsa dibantu seorang pengguna lebuh raya lain yang bertindak mencari kereta yang melanggar sebelum menemui sebuah Myvi di bahu jalan kira-kira 2km dari tempat kejadian.

myvi-langgar-motor-ganu-3
myvi-langgar-motor-ganu-4
myvi-langgar-motor-ganu-5

Melihat kondisi kereta itu, pemuda tersebut menyoal kedua-dua suspek kenapa tidak berhenti sebelum kedua-dua suspek bertindak masuk ke dalam kereta Nissan Grand Livina milik pemuda tersebut dan melarikan diri.


Pemuda itu kemudian hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman membuat laporan polis. Kedua-dua suspek kini sedang diburu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987. Dalam perkembangan terbaharu, kereta Grand Livina itu ditemui ditinggalkan dekat Kolej Universiti Widad di Kuantan, Pahang.

BACA>>> Myvi Langgar Accord: Kena Penjara 6 Tahun, Denda RM8,000!
BACA>>> Ibu Tidak Tahan Sebak Beritahu Kedai Makan Kena Langgar Myvi

SUMBER: InfoRoadBlock | HarianMetro

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Langgar Lari, Myvi, myvi kemalangan, myvi langgar lari, myvi langgar motosikal, Nissan Grand Livina, Perodua Myvi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev