KALAU dulu sedan menguasai carta pembeli, tetapi hari ini permintaan terhadap kenderaan utiliti sukan (SUV) nampaknya sudah mulai menguasai hati pembeli Malaysia.
Perubahan trend itu berlaku kerana pembeli masa kini mahukan kenderaan yang menyediakan ruang lebih besar, memberikan prestasi cemerlang dengan ciri keselamatan lebih baik. Misalnya Volkswagen Tiguan Allspace Highline ini!
Disebabkan ciri istimewa ini, abang kamera Pandu Laju, Hazry mahu menghasut Abang Gan supaya belikan Tiguan Allspace Highline sebagai kereta syarikat untuk dijadikan kereta produksi (production car).
Caranya, Hazry mengajak Abang Gan pergi bermain golf dan sepanjang perjalanan dia cuba 'meracun' tentang apa yang menarik tentang Tiguan Allspace Highline.
RUANG DALAMAN LUAS
Sudah tentu ciri pertama paling memikat SUV ini adalah ruang dalaman luas dan praktikal! Dengan tujuh kerusi dalam tiga baris tempat duduk, model Volkswagen ini juga cukup fleksibel. Tempat duduk baris dan ketiga boleh dilipat untuk mendapatkan ekstra ruang hingga 1,775 liter!
Jadi tiadalah lagi masalah hendak menyimpan alat dan perkakasan penggambaran dalam SUV besar ini.
PENJIMATAN BAHAN API LUAR BIASA
Walaupun besar, Tiguan Allspace Highline ini juga menawarkan penjimatan bahan api ekonomi pada kadar penggunaan 7.3 liter per 100km. Prestasi ditawarkan juga padu kerana dikuasakan enjin 1.4TSI turbocas berkuasa 150ps dan tork 250Nm, manakala transmisi jenis automatik Direct Shift 6-kelajuan yang cukup lancar. Memang syok memandu kereta ini!
CIRI KESELAMATAN MANTAP
Tiguan Allspace Highline turut didatangkan dengan sistem keselamatan lengkap seperti 6-beg udara (dua depan, dua sisi dan dua tirai), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Respon Rempuhan Pintar (ICRS), sistem cegah kecurian dengan ciri anti-tunda, dan sistem brek multirempuh.
DALAMAN MODEN
Tidak dinafikan, kereta buatan Volkswagen memang menjanjikan kepuasan dari segi keselesaan. Lihat saja material Vienna Leather pada kerusi yang berkualiti tinggi. Malah, tempat duduk SUV ini siap dengan sokongan lumbar bagi mengurangkan rasa letih duduk lama dalam perjalanan jauh.
Menarik lagi, penyaman udara jenis 3-zon dan ada lampu ambien untuk memberikan mood nyaman dalam kabin. Ciri konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto pula menjadikan SUV ini menepati cita rasa dan trend pengguna masa kini.
ABANG GAN SUKA TAK?
Soalannya, adakah Abang Gan teracun dengan hasutan Hazry? Apakah ciri menarik lain Tiguan Allspace Highline? Apa kata tonton video di atas sampai habis.
Leave a Reply