VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan Golf GTI (2022) serba baharu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Didakwa raja hatchback, GTI dikatakan model yang mentafsirkan erti sebenar kereta sport kompak.
BACA >>> Volkswagen Golf R Mk8 (2022) Tiba Di Malaysia, Harga Mula RM356k!
Berikut perincian Gold GTI (2022):
WARNA DAN HARGA
- Ada lima warna pilihan disediakan, iaitu siri metalik Kings Red (merah) dan Atlantic Blue (biru), serta bukan metalik Moonstone Grey (kelabu), manakala dua warna lain ialah siri mutiara (pearl), Deep Black (hitam) dan Oryx White (putih).
HARGA
- Ditawarkan pada harga RM211,689.54, termasuk pengecualian cukai jualan, dan dipakejkan servis percuma 3 tahun tanpa had perbatuan, berserta bantuan jalanan 5 tahun.
TRENKUASA
- Dijana enjin turbo 2.0 TSI dengan transmisi klac basah DSG 7-kelajuan berkuasa 241.6hp dan tork 370Nm.
- Dilengkapkan sistem Pengurusan Dinamik Kenderaan (VDM) untuk tetapan pemanduan kustom.
- Ada beberapa mod pra set dan juga individu. Anggaran penggunaan bahan api 7 liter per 100km.
REKABENTUK
- Dilengkapi gril depan sarang lebah (honeycomb) dan aksen merah sebagai signatur varian GTI.
- Dipasangkan rim aloi Richmond 18 inci, kaliper merah dan sistem lampu LED penuh untuk lampu utama dan lampu belakang.
KABIN
- Ruang kabin mengetengahkan gaya progresif, inovatif dan intuitif dengan kerusi sport merah dan suhu aktif yang boleh disesuaikan mengikut cuaca panas atau sejuk.
- Kerusi pemandu dengan fungsi memori, sokongan lumbar, dan boleh laras elektrik. Tempat duduk menggunakan material kulit Vienna.
- Mengetengahkan konsep Driver’s Workspace, iaitu suasana kabin digital penuh yang menawarkan keselesaan, kemudahandan konektiviti lebih lancar.
- Menampilkan Digital Cockpit generasi baharu 10.25 inci dengan multi paparan dan warna tema.
- Stereng multifungsi dengan kawalan sentuh haptik dan ciri pemanas.
- Sistem infotainmen Discover Media dengan skrin 10 inci berserta sistem navigasi terbina dalaman 3 dimensi (3D), konektiviti wayarles Apple CarPlay dan Android Auto bersama tujuh unit pembesar suara.
- Dilengkapi ciri arahan suara dengan sebutan ‘Hello Volkswagen’ atau menekan butang suara pada stereng. Sistem kemudian memberikan respons kepada arahan suara intuitif. Contohnya, cuma sebut "I’m cold" untuk menaikkan suhu penyaman udara.
- Mempunyai sistem dan kualiti pengecaman suara lebih baik untuk panggilan telefon. Sistem dikatakan mampu membezakan arahan suara sama ada pemandu atau penumpang.
- Ada 30 warna ambien pilihan yang boleh disambungkan kepada mode pandu atau mengikut mood pemandu dalam lima pilihan warna: Infinity, Eternity, Desire, Euphoria dan Vitality.
- Sistem penyaman udara jenis Climatronic 3-zon. Tetapan uhu boleh diubah dengan sentuhan jari atau arahan suara.
Juga ada dua mod tambahan: Smart Climate dan Classic Climate dengan dilengkapi ciri Air Care untuk menapis debunga, spora dan partikel bawaan angin.
- Luas kargo buat 374 liter.
- Ada ciri akses kabin pantas kerana pintu kereta dibuka automatik apabila mengesan kunci dalam zon pengesanan tertentu.
- Ada ciri Indikator Kehilangan Tekanan Tayar sebagai amaran jika tekanan tayar semakin rendah.
KESELAMATAN
Golf GTI terhasil dalam binaan frem membabitkan kombinas besi berkualiti tinggi untuk menawarkan perlindungan maksimum kepada penumpang jika berlaku kemalangan. Juga ada teknologi keselamatan berikut:
- Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
- Sistem Brek Pra-Perlanggaran
- Kunci Diferensial Elektronik (XDS)
- 6 beg udara
BACA >>> Saintis Bangunkan Telefon Pintar dengan Fungsi Pengesan Mabuk
BACA >>> Tak Minat Kuasai Asean, Perodua Mahu Jadi Jaguh Malaysia!
BACA >>> Volkswagen Golf R32 (2004) dengan Kondisi Bilik Pameran Dilelong RM259k!
BACA >>> Pemandu Volkswagen Mabuk Rempuh Pesawat Tempur Sampai Terbakar
BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Wagon R+ Kompak dari Jepun yang Pernah Laku Keras di UK
Leave a Reply