• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 10 Perkara Tentang Toyota Innova (2016) + 109 Foto Menarik

10 Perkara Tentang Toyota Innova (2016) + 109 Foto Menarik

December 5, 2016 By Azhan O 1 Comment

198
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

toyota-innova-2016
TOYOTA INNOVA 2016 serba baharu sebentar tadi baru saja selamat dilancarkan, sekali gus menamatkan spekulasi tentang bilakah masa kenderaan pelbagai guna (MPV ) kelas kompak itu akan melakukan debut di pasaran Malaysia.

Innova serba baharu sebenarnya sudah menjengah pasaran Indonesia sejak November tahun lalu, termasuk India dan Filipina pada Februari tahun ini dan disusuli Timur Tengah, Vietnam dan Thailand. Innova 201 untuk pasaran Malaysia menampilkan enjin lama daripada varian 2.0L dengan mengekalkan kod enjin sama, tetapi ditala semula. Bagaimanapun, rekaan dalaman dan luaran mengalami perubahan sepenuhnya.

Jadi, apa yang menarik tentang Toyota Innova 2016?

1. ADA 3 VARIAN

Toyota Innova 2016 serba baharu tampil dengan tiga varian:

  • 2.0G (AT)
  • 2.0E (AT)
  • 2.0E (MT)

* AT - Transmisi Automatik; MT - Transmisi Manual

2. ENJIN DIPERBAHARUI

Semua varian Toyota Innova 2016 dibekalkan enjin 4-silinder sebaris 2.0L 1TR-FE, DOHC dengan DVVT-i bersama dua transmisi pilihan, automatik 6-kelajuan dengan Penganjak Jujukan (Sequential Shifter) atau manual 5-kelajuan.

Kuasa maksimum dihasilkan ialah 137hp pada 5,600rpm, manakala tork maksimum mencatatkan 183Nm, 4,000rpm. Kapasiti tangki mampu menampung bahan api sebanyak 55 liter.

3. EKSTERIOR KONTEMPORARI

p1340500-001
p1340531-001
p1340536-001

Walaupun struktur asas casis Toyota Innova 2016 masih sama seperti generasi terdahulu dengan perubahan dimensi minimum, tetapi desain ditampilkan adalah baharu sepenuhnya. Antaranya ialah:

  • Lampu depan disepetkan dan gril radiator dibuka lebih luas.
  • Lampu kabus dikembarkan dengan lampu signal.
  • Tiada lagi rekaan bersegi dan berkotak pada tingkap pintu. Desain kali ini direncongkan.
  • Lampu belakang juga mengambil gaya sama seperti lampu depan - disepetkan menjadi lampu belakang gaya kombi - tipikal rekaan moden masa kini.
  • Rekaan belakang tidak lagi mendatar, sebaliknya ditambah beberapa garis atau lekuk badan - penampilan jadi lebih maskulin dan trendy.
  • Lampu siang (DRL) jenis mentol.
  • Lampu depan halogen multi reflektor dengan ciri ON-OFF automatik, lampu iring Follow Me Home dan pengarasan (levelling) manual.
  • Spoiler dengan lampu brek ketiga LED.
  • Hendal pintu krom (2.0G sahaja)
  • Gril krom dengan cat perak dan hitam (2.0G sahaja)

4. INTERIOR KELAS PREMIUM

Rekaan dalaman adalah perubahan paling ketara yang dapat dilihat pada Toyota Innova 2016. Segalanya serba baharu dan berbeza. Di bawah ini ialah pembaharuan ditampilkan Toyota Innova dengan ciri standard seperti:

  • Sistem audio pemain CD dengan tuner, MP3, jek-auksiliari (AUX), USB dan Bluetooth, dan 6 pembesar suara.
  • Suis audio di stereng bersama MID, dan ciri bebas tangan Bluetooth.
  • Mod pandu - Normal, ECO dan Power Drive.
  • 2 outlet kuasa 12V.
  • Material kerusi fabrik hitam.
  • Pelbagai konfigurasi tempat duduk - Kerusi pemandu boleh laras 6-tetapan; Kerusi penumpang depan boleh laras 4-tetapan; Kerusi baris kedua boleh lipat 60:40 dan Suis One Touch Tumble dengan 3 perehat kepala; Kerusi baris ketiga boleh lipat 50:50 dan suis One Touch Easy Space dengan 3 perehat kepala.
  • Ruang storan - Laci glove box (atas dan bawah), storan cermin mata hitam, pemegang cawan, poket di belakang kerusi depan (dengan cangkuk barang).

Jika membeli varian paling premium, Innova 2.0G,  anda akan diberikan beberapa ciri tambahan seperti:

p1340513-001
p1340521-001
p1340516-001
  • Panel meter Optitron dengan kawalan iluminasi.
  • Butang tekan-mula.
  • Trim pintu fabrik dibalut kemasan hitam Piano dan perak.
  • Panel instrumen kemasan kayu dan perak
  • Tingkap kuasa dengan perlindungan anti-jepit.
  • Tombol gear kemasan kulit.
  • Paparan multi-info (MID) dengan skrin 4.2 inci TFT.
  • Panel instrumen kemasan kayu dan perak.
  • Roda stereng kemasan kulit dengan trim kayu dan perak, dan boleh laras.
  • Lampu ambien LED di bumbung.
  • 2 meja boleh lipat di belakang kerusi depan.
  • Pemegang cawan di perehat lengan kerusi baris kedua.

5. TAYAR & RIM

205/65R16, Aloi

6. CIRI KESELAMATAN DIPERTINGKAT

Toyota Innova 2016 mendapat penarafan keselamatan 4-bintang untuk varian 2.0E dan 5-bintang daripada ASEAN NCAP (2.0G). Berikut ialah ciri keselamatan standard diberikan:

  • 2 beg udara depan (pemandu dan penumpang depan) dan beg udara lutut (bahagian pemandu).
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD).
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC).
  • Sensor parkir (depan dan belakang).
  • 2 tali pinggang keledar ELR 3-poin dengan pra penegang dan pengehad daya (kerusi depan).
  • 3 tali pinggang keledar ELR 3-poin (kerusi baris kedua dan ketiga).
  • Penambat tali pinggang keledar boleh laras (depan sahaja).
  • ISOFIX (kerusi baris kedua).
  • Sistem penggera - Immobiliser, 2 kunci kawalan jauh, siren dengan bateri sokongan, sensor ultrasonik, sensor kaca pecah, sistem kunci berganda, kunci pintu auto pantas.

Seperti biasa, jika anda pemilik varian 2.0G, MPV anda itu akan dilengkapkan dengan ciri keselamatan tambahan seperti di bawah:

  • 7 beg udara (2 depan, 1 lutut, 2 sisi, 2 tirai).
  • Bantuan Brek (BA).
  • Kawalan Traksi (TRC).
  • Kawalan Bantuan Mula-Daki (HAC).
  • Signal Henti Kecemasan (ESS).

7. OPSYEN INFOTAINMENT

  • Pemain DVD dengan skrin sentuh kapasitif 8 inci, sambungan telefon pintar, WiFi, pelayar Internet, pengecaman suara, HDMI, USB, Bluetooth, sistem navigasi (opsyen) dan Kamera Undur dengan Garis Panduan.
  • Cermin gelap.

8. JAMINAN REALIBILITI

Toyota Innova 2016 menawarkan waranti 5 tahun dengan perbatuan tanpa had, tertakluk terma dan syarat.

9. HARGA

  • 2.0G (AT) - RM126,000
  • 2.0E (AT) - RM117,000
  • 2.0E (MT) - RM109,000

* Harga atas jalan bagi Semenanjung Malaysia, Individu.

10. GALERI

20161201_0418
20161201_0423
20161201_0445
20161201_0487
20161201_0533
20161201_0536
20161201_0542
20161201_0548
20161201_0560
20161201_0569
20161201_0600
20161201_0624
20161201_0682
20161201_0694
20161201_0705
20161201_0720
20161201_0735
20161201_0740
20161201_0788
20161201_0848
20161201_0868
20161201_0928
20161201_0950
20161201_0990
20161201_1052
20161201_1072
20161201_1104
20161201_1165
20161201_1198
20161201_1217
20161201_1240
20161201_1266
20161201_1477
20161201_1492
20161201_1499
20161201_1504
20161201_1508
20161201_1511
20161201_1514
20161201_1517
20161201_1537
Toyota Innova 2016
20161201_1567
20161201_1572
20161201_1575
20161201_1578
20161201_1583
20161201_1594
20161201_1601
20161201_1614
20161201_1617
20161201_1634
20161201_1653
20161201_1661
20161201_1680
20161201_1700
p1340494-001
p1340495-001
p1340496-001
p1340497-001
p1340498-001
p1340499-001
p1340500-001
p1340501-001
p1340502-001
p1340503-001
p1340504-001
p1340505-001
p1340506-001
p1340507-001
p1340508-001
p1340509-001
p1340510-001
p1340511-001
p1340512-001
p1340513-001
p1340514-001
p1340515-001
p1340516-001
p1340517-001
p1340518-001
p1340519-001
p1340520-001
p1340521-001
p1340522-001
p1340523-001
p1340524-001
p1340525-001
p1340526-001
p1340527-001
p1340530-001
p1340533-001
p1340534-001
p1340535-001
p1340536-001
p1340537-001
p1340538-001
p1340539-001
p1340540-001
p1340542-001
p1340543-001
p1340544-001
p1340545-001
p1340546-001
p1340548-001
p1340549-001
p1340550-001
p1340551-001
harga-toyota-innova-2016

Related

198
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Roda4, Toyota, Toyota Innova 2016, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev