• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTMB Tawar 3 Hari Tren Percuma DMU Gemas-Kuala Lipis

KTMB Tawar 3 Hari Tren Percuma DMU Gemas-Kuala Lipis

February 17, 2022 By Farah Leave a Comment

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengadakan promosi istimewa kepada pengguna dengan menawarkan perkhidmatan tren percuma Diesel Multiple Unit (DMU) laluan Gemas, Negeri Sembilan ke Kuala Lipis, Pahang.

Tawaran percuma ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 21 Februari (Isnin) ini hingga 23 Februari (Rabu) ini.

Menerusi hantaran yang dikongsi akaun Facebook rasmi KTMB, pengguna boleh mendapatkan tiket percuma itu di kaunter tiket sahaja.

"Rebutlah peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman menaiki tren DMU tanpa dikenakan bayaran dengan hanya menggunakan kod promo JOYRIDEDMU," tulis hantaran itu.

Promosi itu turut boleh diguna sama ada perjalanan sehala atau dua hala, namun terhad kepada pelanggan yang terawal.

Jualan tiket operasi bagi laluan itu telah dibuka untuk tempahan sejak 15 Februari lalu.

Operasi DMU mula dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong pada 11 April 2021.

BACA>>> Naik ETS 218 Kali Sepanjang 2021 Menang Hadiah Penumpang Setia KTMB
BACA>>> KTMB: Wanita Hamil, Anak Duduk Atas Lantai Bukan Sebab Tak Ada Kerusi

SUMBER: Facebook KTMB

Related

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Gemas ke Kuala Lipis, KTMB, Tren DMU, Tren DMU Gemas-Kuala Lipis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Video Lelaki Selamat Nahas Pesawat Air India, 241 Maut
    Video Lelaki Selamat Nahas Pesawat Air India, 241 Maut
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev