• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Persona Keluar Gari Memang Polis Pun!

Pemandu Persona Keluar Gari Memang Polis Pun!

February 17, 2022 By Farah Leave a Comment

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GERANGAN pemandu Proton Persona yang memusing-musingkan gari sebagai ganti signal untuk menukar lorong disahkan sebagai anggota polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi.

Siasatan dijalankan selepas seorang pengurus bank membuat laporan mengenai insiden tersebut kerana bimbang dengan aksi anggota tersebut yang mengeluarkan gari dan memutarkannya.

Menurut laporan polis, insiden berlaku ketika pengadu memandu di Jalan Tun Razak dekat Bangunan Tun Razak Exchange pada jam 1.04 tengah hari, 12 Februari lalu.

Apabila berada di jalan tersebut. secara tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Persona (V**5**) yang berada di susur kiri jalan cuba masuk ke laluan pengadu tanpa memberi apa-apa lampu isyarat.

"Disebabkan tidak dapat memasuki laluan tersebut, pemandu kereta itu telah mengejar dan memotong kereta pengadu sambil menunjukkan gari di tangan kanannya.

"Pengadu merasa takut dengan tindakan pemandu kereta tersebut telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," demikian laporan polis tersebut.

Dalam laporan sama turut mendedahkan pemandu Persona tersebut ialah anggota polis berpangkat Lans Koperal di IPD Wangsa Maju. Justeru, siasatan dijalankan Bahagian Integriti Dan Pematuhan Standard IPD Wangsa Maju dan keterangan anggota polis berusia 42 tahun itu dirakam.

Polis turut membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) (siasatan dalaman) terhadap anggota tersebut.

BACA>>> Polis Buru Pemandu Persona Pusing Gari Sebagai Ganti Signal Tukar Lorong
BACA>>> Polis Saman Pemandu Lori Bawa Kereta Polis Lelong Disusun 'Tunggang-Langgang'
BACA>>> Video Aksi Penunggang Lari SJR, Nak Tumpang Myvi, Rupanya Polis

SUMBER: Majoriti

Related

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Pemandu persona, pemandu persona tayang gari polis, polis lagak samseng, proton persona tayang gari

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my