• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemilik EV, Kenderaan OKU Tidak Perlu Bayar Cukai Jalan Hingga 2025

Pemilik EV, Kenderaan OKU Tidak Perlu Bayar Cukai Jalan Hingga 2025

February 17, 2022 By Shawkath Leave a Comment

132
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) memulakan insentif pengecualian fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan sepenuhnya untuk kategori kenderaan elektrik (EV), bermula awal Januari tahun ini hingga akhir 2025.

Selain itu, pengecualian fi cukai jalan juga ditawarkan kepada kenderaan yang membawa atau milik golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

BACA >>> TNB Buka Stesen Cas EV Tahun Depan?
BACA >>> Proton Bakal Jual Kenderaan EV jenama smart di Malaysia, Thailand

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pengecualian fi untuk EV hanya melibatkan kenderaan yang dijana tenaga elektrik penuh, sama ada kuasa bateri atau sel bahan api (fuel cell).

Bagaimanapun, manfaat itu tidak ditawarkan untuk kenderaan hibrid yang masih menggunakan trenkuasa pembakaran dalaman (ICE), petrol atau diesel.

Berikut ringkasan mengenai pengecualian cukai jalan untuk EV dan kenderaan OKU:

  • Permohonan bermula 15 Februari 2022.
  • Permohonan untuk kenderaan kegunaan atau milik OKU bermula 15 Mac 2022.
  • Pengecualian fi LKM sepenuhnya (untuk kenderaan kegunaan OKU) sah untuk kenderaan diubah suai khas untuk kegunaan OKU atau tidak diubah suai.
  • Kenderaan OKU hanya dikhaskan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan kereta nasional sahaja.
  • Kenderaan OKU perlu didaftarkan dan dilesenkan atas nama individu OKU.
  • Individu OKU terbabit hendaklah berdaftar dan ada kad OKU dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

BACA >>> Ini Sebab Mengapa 9 Daripada 10 Pengguna Beli Kenderaan EV Di Norway

KENDERAAN IBU BAPA, PENJAGA, PASANGAN OKU JUGA BOLEH DAFTAR

  • Pengecualian juga diberikan kepada kenderaan milik ibu bapa atau penjaga berdaftar, dan ada anak OKU, serta pasangan suami/isteri kepada individu OKU.
  • Syaratnya, individu OKU perlu berdaftar dengan JKM.
  • Bagi pemilik yang sudah melesenkan kenderaan sama ada LKM baharu atau pembaharuan pada 1 Januari 2022 (sebelum tarikh permohonan bermula) boleh hadir ke kaunter JPJ untuk menyerahkan semula LKM itu, dan berhak dibayar dengan cara rebat apa-apa amaun seperti ditetapkan.
  • Pemilik kenderaan atau wakil boleh memohon bagi mendapatkan pengecualian LKM semula terhadap kenderaan mengikut ketetapan pengecualian.
  • Orang ramai boleh menghubungi talian perhubungan khidmat pelanggan JPJ bagi mendapatkan lain-lain maklumat dan perincian pelaksanaan insentif berkenaan.

BACA >>> Terminal Pengecas Berprestasi Tinggi EV Ada Di Stesen Shell Tangkak
BACA >>> BMW Tambah Dua Lagi Pengecas EV di Pulau Pinang
BACA >>> Wuling Nano EV - Kereta Elektrik Mikro Boleh Pandu 305km Sekali Cas, Harga Mula RM32k

SUMBER: BeritaHarian

Related

132
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kenderaan Elektrik (EV), Lesen Kenderaan Motor (LKM), Pengecualian Cukai Jalan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my