• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Macam 'Pro' Tapi Tak Menjadi, Tauke Kedai Emas Kejar Perompak Sampai Kereta Terbalik

Macam 'Pro' Tapi Tak Menjadi, Tauke Kedai Emas Kejar Perompak Sampai Kereta Terbalik

February 19, 2022 By Wahid Leave a Comment

418
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS tular berita pesawat AirAsia 'ditumpang' ular, terbaharu muncul berita kes rompakan seperti dalam filem Hollywood, dilaporkan berlaku di Lukut, Negeri Sembilan, pada jam 10.15 pagi, 16 Februari lalu.

Dalam insiden rompakan itu, sekumpulan perompak menghalang kenderaan seorang pemilik kedai emas ketika dia berhenti mengisi minyak. Berdasarkan video tular, Toyota Camry dipandu mangsa dihalang sebuah Perodua Myvi putih di belakang, dan Honda CR-V hitam di depan.

BACA >>> Pemandu e-Hailing Ditikam Hingga Seluar Terlondeh, Disamun Pelanggan?
BACA >>> MELAMPAU! Rider Warga Emas Kena Samun Ketika Pitam

Kemudian, keluar lima lelaki memakai topeng muka dan bersenjatakan parang menyerang kenderaan mangsa dengan memecahkan tingkap keretanya untuk membawa lari tiga beg berisi barang kemas, telefon bimbit, wang tunai dan dokumen mangsa.

Namun, mangsa tidak mengalah begitu saja, sebaliknya bertindak mengejar kereta perompak tersebut hingga pemandu CR-V hilang kawalan dan terbalik. Apabila mangsa pergi ke CR-V terbabas itu, semua suspek sudah melarikan diri dengan Myvi dinaiki sekumpulan perompak lain.

PDRM ketika memeriksa CR-V itu menjumpai dua beg barang kemas, termasuk dua bilah parang dan satu walkie-talkie milik suspek. Semakan polis ke atas nombor pendaftaran CR-V itu pula mendapati kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dilaporkan hilang dalam insiden samun di Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 25 November lalu.

Usaha mengesan suspek kini giat dijalankan dan polis meminta orang awam atau saksi yang mempunyai maklumat membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Maklumat boleh disalurkan kepada Inspektor Fatiha Nur Hamidus di talian 013-6217365 atau Hotline IPD Port Dickson 06-6462999.

BACA >>> Pelanggan Samun, Tikam Pemandu e-Hailing Sudah Kena Tahan!

samun-tauke-kedai-emas-1
samun-tauke-kedai-emas-2
samun-tauke-kedai-emas-3
samun-tauke-kedai-emas-4

Related

418
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda CR-V, jenayah, Perodua Myvi, samun, Samun Parang, Samun Tauke Kedai Emas, Toyota Camry

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
    Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev