YAMAHA Motor India tiada rancangan menambah unit varian skuter edisi terhad Aerox 155 MotoGP yang habis dijual untuk pasaran negara itu, baru-baru ini. Bagaimanapun, tiga varian standard lain masih dijual.
Aerox 155 MotoGP menjadi tumpuan pembeli kerana menawarkan liveri khas pasukan Monster Energy, diilhamkan daripada jentera lumba YZR-M1 yang berentap dalam Kejuaraan Dunia MotoGP.
BACA >>> India Lancar Warna Baharu Yamaha Aerox 155 (2022), Harga RM7.2k
BACA >>> #Perbandingan: Honda Vario 160 vs Yamaha NVX 155, Mana Satu Lebih Berkuasa?
Aspek mekanikal menggunakan trenkuasa dan spesifikasi sama seperti model standard sedia ada yang didatangkan dalam skema warna Metallic Black (hitam), Racing Blue (biru) dan Grey Vermillion (kelabu) pada harga asas 132,000 rupee (RM7,370).
- Aerox 155 menjadi sebutan ramai sejak September tahun lalu selepas Yamaha meluaskan pilihan varian skuter itu yang dilengkapi teknologi sportbike R15.
- Tarikan kedua skuter sport ini ialah ruang simpanan barang bawah pelana luas, 24.5 liter.
- Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 155cc VVA penyejukan cecair berkuasa 14.79hp dan tork 13.9Nm.
- Rim aloi 14 inci membantu aspek pengendalian dinamik dan memberikan kestabilan lebih baik.
- Ciri bonus lain ialah lampu utama LED penuh, termasuk lampu belakang, generator motor pintar (smart motor-generator, SMG) untuk proses pencucuhan lebih senyap, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), sensor tongkat yang menghalang enjin dihidupkan jika tidak diangkat, dan panel meter LCD dengan konektiviti Bluetooth.
BACA >>> Yamaha YZF-R15, MT-15 Akan Dapat Ciri Y-Connect?
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Konvoi Motosikal? Buat 12 Tip Asas Ini Dulu!
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Maksud di Sebalik Singkatan Jenama Motosikal Popular Dunia
SUMBER: BikeWale
Leave a Reply