• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Geely Binyue Cecah Lebih 800k Unit Seluruh Dunia, Tempahan X50 Lebih 87k!

Jualan Geely Binyue Cecah Lebih 800k Unit Seluruh Dunia, Tempahan X50 Lebih 87k!

March 1, 2022 By Shawkath Leave a Comment

12.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK banyak pengeluar automotif mampu bangkit dalam masa singkat dengan memberikan saingan sengit kepada pengeluar utama dunia.

Geely adalah salah satu daripada pengeluar itu. Tahukah anda, jenama automotif asal China itu berasal dari perkataan Bahasa Mandarin yang jika diterjemahkan bermaksud ‘kejayaan’ dan ‘bertuah’.

BACA >>> Proton Bakal Jual Kenderaan EV jenama smart di Malaysia, Thailand
BACA >>> Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?

Binyue adalah antara model Geely yang mencatatkan angka jualan terbaik, sekali gus mengangkat standard kecemerlangan pengeluarnya. Di Malaysia, Binyue dikenali sebagai Proton X50.

JUALAN LUAR BIASA


Sejak dilancarkan pada 2018, Binyue mencatatkan jualan lebih 800,000 unit di pasaran China dan dunia. Model itu ditawarkan di lebih 10 pasaran dengan jualan mencecah lebih 20,000 unit sebulan.

Binyue juga mendominasi segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak di China, termasuk mendapat sambutan menggalakkan di Rusia, Arab Saudi, Kuwait dan Filipina. Kejayaan global Binyue turut memberikan kesan positif kepada populariti X50 di Malaysia.

BACA >>> Proton Daftar X80, X90, SUV Baharu dan Pengganti Exora Bakal Muncul?

BUKAN HANYA TUKAR LENCANA, JENAMA


Sebenarnya, X50 ialah projek pembangunan bersama kedua antara Proton dan Geely. Maksudnya, SUV itu bukan model yang sekadar ditukarkan label jenama dan lencana.

Kerjasama Proton-Geely melibatkan pelbagai peringkat di China dan Malaysia sebelum dapat menghasilkan produk akhir X50. Berikut ringkasan apa dilakuan Proton-Geely:

  • Melibatkan jumlah masa bekerja terkumpul lebih 75,000 jam.
  • Melibatkan ujian enduran sejauh 1.9 juta kilometer bagi menilai tahap kesesuaian untuk jalan raya Malaysia dan iklim tempatan.
  • Membabitkan perubahan lebih 400 rekabentuk berbeza dan parameter kejuruteraan.

BACA >>> Sekali Cuba Dah Menang, Syed Tirmizi Pandu Pulang Proton X50

SUV ORANG MUDA


X50 diposisikan sebagai model lebih sporty kecil, di bawah selepas X70 dalam siri 'X' diperkenalkan Proton. Malah X50 diyakini mampu memenuhi kehendak dan selera pembeli muda dan mereka yang baru membeli kenderaan pertama.

Ini kerana X50 menawarkan pakej lengkap yang disukai golongan muda seperti gaya hidup, keperluan dan ekspresi diri, keselesaan kabin, keselamatan, kecekapan bahan api, prestasi dan berkualiti tinggi, selain dilengkapi teknologi termaju, konekitivi dan rekabentuk sporty.

Buktinya, jumlah tempahan X50 kini sudah melebihi 87,000 unit sejak dilancarkan tahun lalu.

BACA >>> Ini Sebabnya Mengapa Proton Masih Guna Transmisi CVT...

ADA APA DENGAN X50?

Ada banyak faktor yang membantu X50 muncul sebagai SUV dan model Proton paling laris sepanjang tahun lalu. Berikut perincian model tersebut:

Gaya Luaran dan Dalaman Sporty
Proton X50 - 9
Proton X50 - 13
  • Saiz ideal untuk pembeli muda yang mahukan visual lebih luas dan jelas ketika memandu.
  • Memiliki dimensi panjang 4,330mm, lebar 1,800mm dan tinggi 1,609mm.
  • Menampilkan rekabentuk yang seimbang dari segi gaya, praktikaliti dan fungsi. Rekabentuk X50 menggabungkan gaya Binyue dan elemen unik Proton.
  • Gril depan mengetengah paten ukiran 'Infinite Weave' yang diletakkan dalam bingkau busur 'Ethereal Bow' merah.
  • Spoiler bawah bampar depan diberikan kemasan karbon (carbon-weave).
  • Rekabentuk lampu belakang berkonsepkan aliran grafik, yang diilhamkan daripada Binyue.
  • Ada difuser besar dan empat muncung ekzos pada bampar belakang.
  • Rekaan rim sporty.
Kabin
Proton X50 - 17
Proton X50 - 14
  • Papan pemuka minimalis, kemas dan bersih.
  • Konsol tengah menampilkan rekaan gaya jejambat.
  • Bentuk ventilator penyaman udara menggunakan konsep jet pejuang, juga mengambil ilham Binyue.
Proton X50 - 21
Proton X50 - 18
  • Papan pemuka dan kerusi dwi-tona, untuk varian Flagship dan Premium.
  • Kabin menggunakan kemasan material kulit sintetik (leatherette) merah-hitam.
  • Permukaan papan pemuka jenis sentuhan lembut (soft-touch) merah. Bahagian lain papan pemuka dan konsol tengah hadir dalam kemasan satin metalik.
Prestasi dan Keselamatan
Proton X50 - 7
Proton X50 - 0
  • X50 menawarkan keselesaan pemanduan lebih baik dengan mendapat sentuhan talaan pasukan jurutera Proton, khas untuk jalan raya Malaysia dan kehendak pasaran tempatan.
  • Trenkuasa 1.5 TGDi menghasilkan kuasa 177hp dan tork 255Nm (varian Flagship) dengan pecutan 0-100kmj sepantas 7.9 saat.
  • Mendapat rating 5-bintang dalam ujian keselamatan AseanNCAP.

BACA >>> Elak Langgar Tayar Lori, Proton X50 Ini Terbabas dan Remuk Teruk, Tapi Pemandu Selamat

Proton X50 - 3
Proton X50 - 2
  • Dilengkapi sistem pemanduan semi-autonomi Tahap 2 dengan ciri bantuan pemandu termaju seperti:
    • Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan pengesan pejalan kaki.
    • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
    • Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS)
    • Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC)
    • Bantuan Parkir Auto (APA)
Proton X50 - 20
Proton X50 - 1
  • Tambahan lain ialah penapis kabin N95 bagi meningkatkan kualiti pengudaraan dalam kabin untuk semua model. Penapis ini berfungsi membersihkan udara, menapis partikel berbahaya seperti asap, habuk, bakteria dan bendasing lain.

Pusat Teknologi dan Konektiviti Digital

  • Semua varian X50 didatangkan dengan unit infotainmen yang dilengkapkan antaramuka Global Key User Interface (GKUI) dan sistem arahan suara 'Hi Proton'.
  • Ada juga ciri tambahan kawalan jauh untuk fungsi naik-turun tingkap, buka-tutup penyaman udara, termasuk kunci dan enjin hanya menggunakan aplikasi mobil Proton Link menerusi telefon pintar (varian Premium dan Flagship).
  • Ada dDua port pengecas USB untuk penumpang belakang (Binyue cuma ada satu).

Jika mahukan maklumat lebih lanjut mengenai X50, atau berminat membuat tempahan, anda boleh berbuat demikian dengan klik pautan ini: Proton X50

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?
BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahukan Gear Manual Anda Rosak
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Covid-19 Buat Banyak Kilang Automotif Tutup Operasi?

Related

12.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Geely, Geely Binyue, hi proton, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton SUV Segmen B Kompak, Proton X50, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev