PERODUA tidak menolak kemungkinan harga kenderaannya akan naik mulai 2017 sekiranya keadaan ekonomi dan kejatuhan kadar pertukaran wang asing berterusan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, 2016 adalah tahun mencabar buat Perodua akibat keadaan ekonomi yang tidak stabil.
NAIK HARGA JALAN TERAKHIR
Menurut Aminar, keputusan untuk menaikkan harga kenderaan adalah jalan terakhir dan tidak dapat dielak sekiranya kadar pertukaran wang asing terus jatuh.
" Sesetengah alat ganti atau komponen ada yang kami import dari Jepun dan Amerika Syarikat. Ini bermakna kami menjalankan perniagaan dalam dua mata wang asing iaitu Japanese Yen dan US Dollar. Jika kedua-duanya mata wang ini terus naik, ia memang akan memberi kesan kepada Perodua.
" Sekarang kita pun sudah serap dan menanggung kos akibat kejatuhan mata wang asing.
" Bagaimanapun, kami akan terus memantau situasi ini dan menyemak semula harga kereta pada tahun hadapan," katanya ketika di program Perodua Media Escapade 2016 di Hat Yai, Thailand hujung minggu lalu.
Sehingga kini, kesemua harga kenderaan Perodua masih kekal dan tiada sebarang perancangan kenaikan harga sehingga penghujung 2016.
Saga3 says
Sudah dijangka.. Tetapi kenaikan harga mungkin tidak tinggi, hanya 2% hingga 3% sahaja. Hanya model FL saja kenaikannya melebihi 3% tahun hadapan