• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kancil Limosin 8-Kerusi! Jangan Bimbang Ini Bukan Alza Baharu

Kancil Limosin 8-Kerusi! Jangan Bimbang Ini Bukan Alza Baharu

February 15, 2022 By Shawkath Leave a Comment

171
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAKYAT Malaysia memang kreatif menyelesaikan masalah. Buktinya ialah rekacipta terbaharu ini yang menarik perhatian ramai netizen, iaitu Perodua Kancil limosin dengan 6-pintu.

Satu klip video tular menunjukkan sebuah Perodua Kancil hijau pendaflor diubah suai menjadi kenderaan 6-pintu dengan 8-kerusi.

BACA >>> CEO Perodua: Alza Generasi Baharu Masuk Pasaran Tahun Ini!

Projek limosin mini itu dijayakan pelajar pusat vokasional Giat Mara Kedah yang dimulakan sejak Mac tahun lalu dengan menjadikan Kancil sebagai kenderaan eksperimen.

Rata-rata netizen kagum dengan tahap kreativiti ditunjukkan sambil menyifatkan kemahiran binaan adalah setanding pakar  kustom luar negara.

@layang2tanpatali #fypシ ♬ suara asli - Dewi 🌹


Ada bergurau mengatakan penumpang paling belakang pasti kepanasan kerana tiada atau jauh dari hembusan penyaman udara dari depan. Ada berseloroh, keluarga besar kini boleh berjimat dengan membeli limosin mini itu.

Ada juga mempersoalkan status memandu atas jalan raya awam. Namun faktanya, idea radikal sebegini memang tidak akan mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Apa yang pasti, ini bukan pengganti Alza tau.

BACA >>> CEO Perodua: Pengeluaran Alza Akan Dihentikan Menjelang April 2022
BACA >>> Perodua Tiada Pelan Naikkan Harga Kereta, Tapi Cuba Turunkan Harga Alat Ganti
BACA >>> Tak Minat Kuasai Asean, Perodua Mahu Jadi Jaguh Malaysia!

SUMBER: TRP

Related

171
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kancil Limosin, Limosin Mini, Limusin Kancil, Pengganti Perodua Alza, Perodua Alza, Perodua Kancil 6-pintu, Roda4, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev