SEORANG wanita yang memandu trak pikap Toyota Hilux ditahan polis dalam aksi kejar-mengejar yang berlangsung hampir sejam di kawasan bandar Kota Kinabalu, hari ini.
Pemandu dilaporkan merempuh sekurang-kurangnya empat kenderaan lain, termasuk seorang posmen yang menunggang motosikal. Suspek diberkas di Jalan Sepanggar selepas polis melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaannya.
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem Imobilizer Cegah Kereta daripada Dicuri?
Trak pikap dipandu suspek dipercayai dicuri sekitar jam 10 pagi dekat kawasan pasar pusat bandar. Suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu untuk soal siasat.
Menurut laporan, polis pantas melakukan beberapa sekatan jalan raya (SJR) selepas mendapat laporan kes kecurian kenderaan sebelum mengesan trak pikap itu cuba keluar dari kawasan bandar. Trak itu dipandu laju melepasi beberapa sekatan jalan raya dan dikejar polis.
Bagaimanapun, usaha suspek gagal apabila dikepung polis di sebatang jalan menghala Sepanggar apabila pemandu wanita itu terperangkap dalam kesesakan trafik.
BACA >>> Toyota Laris Sepanjang 2021! Vios, Hilux Kekal Model Paling Popular
Satu klip video tular menunjukkan sebuah trak pikap merempuh beberapa kenderaan dan motosikal posmen di Jalan Pesisir Pantai Teluk Likas ketika anggota polis menghampiri kenderaan tersebut. Suspek kemudian cuba melanggar seorang individu, dipercayai polis ketika cuba melarikan diri.
Menurut polis, pemandu wanita itu, yang disyaki penagih dadah, ditahan di bawah Seksyen 307 kerana cubaan membunuh kerana mencederakan seorang anggota polis yang terjatuh longkang ketika cuba mengundur kenderaan untuk melarikan diri.
Tiada butiran didedahkan mengenai latar belakang suspek yan dilaporkan berasal dari Kampung Sembulan.
SUMBER: TheStar
Leave a Reply